10 Ogos, 2014

Memetik Rambutan di Pesta Rambutan UPM Serdang

...Khamis 7 Ogos, Ain menyertai lawatan PPKI ke pesta rambutan Taman Pertanian Universiti di UPM Serdang. Selepas rehat jam 9 pagi kami bertolak ke sana dengan menaiki bas yang mengambil masa kurang dari setengah jam......Sesampainya di lokasi kami menaiki pula kenderaan khas yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Tengoklah gelagat cikgu Adami dan kawan Ain tu...gembira sesangat dapat naik traktor penumpang, lepas ni giliran Ain pulalah...Di kebun rambutan kami bejalan dari satu pokok ke satu pokok untuk memetik rambutan. Pihak penganjur menebang dahan-dahan pokok rambutan untuk memberi kemudahan pada kami memetik rambutan. Tiap kali dahan pokok tumbang, berebutlah semua memetik rambutan yang cantik ranum lagi menyelerakan...lucu melihat gelagat mereka semua berebut-rebut tu termasuk mak Ain yang sentiasa turut serta setiap kali ada aktiviti sekolah yang Ain sertai...Ain teringin nak turut serta berebut tapi apakan daya, maka Ain jadi pemerhati sahajalah......Banyak buah rambutan yang mak, cikgu-cikgu, PPM dan kawan-kawan Ain petik. Sambil memetik kami makan rambutan tu...seeedapppp....Sementara menunggu yang lain-lain selesai memetik rambutan kami berehat melepaskan lelah masing-masing......Rambutan yang dipetik ni akan ditimbang dan harganya cuma RM 1 sekilo. Ain dapat bawa balik 5 kilo rambutan......Selesailah aktiviti lawatan hari ini...petik rambutan sambil makan percuma rambutan...