21 September, 2014

World Physical Therapy Day 2014

..Sabtu 20 September Ain bersama beberapa keluarga MyCP menyertai program World Physical Therapy Day di hadapan astaka Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Perjalanan acara agak terlewat sedikit kerana hujan rahmat turun sejak subuh. Sesampainya Ain di taman tasik titiwangsa hujan sudah berhenti. Selepas mendaftar Ain, abang dan mak Ain menyertai senaman arobik.......Ni riben menandakan peserta aktiviti hari ini......Usai ucapan perasmian kami pun memulakan jalanan sihat mengelilingi tasik titiwangsa..........Sambil berjalan abang sempat mengambil beberapa keping gambar permandangan sekitar Taman ni......Penat juga berjalan tapi tidak terasa sangat sebab cuaca redup dan nyaman..itulah hikmahnya hujan pagi ni......Di garis penamat kami disambut dengan pemberian bag cenderahati yang berisi minuman, makanan ringan dan sijil penyertaan......Selepas itu kami terus bersarapan pagi meehom goreng serta minuman air milo. Selain itu kami dihidangkan juga dengan forum, beberapa permainan dan gerai-gerai pameran. Ada juga disediakan pemeriksaan kesihatan percuma. Abang pula mengambil kesempatan menyewa basikal. Manakala MyCP membuka meja jualan barangan MyCP......Jam 1 tengahari kami sudah boleh beredar pulang..sebelum pulang Ain sempat bergambar kenangan dengan kawan-kawan Ain......Ain sempat juga bergambar dengan abang Ain...

14 September, 2014

Karnival Kokurikulum @ Perkhemahan 2014 - Part 3

Usai pertandingan fussal, semua yang terlibat bersiap siaga untuk solat magrib dan meneruskan aktiviti kami pada malam ini.......Sedang menunaikan solat dan mendengar tazkiah pendek dari Ustaz Bakar...kemudian menunaikan solat Isyak. Selepas itu bermulalah aktiviti kemuncak kami iaitu BBQ......Ain sedang memerhati cikgu-cikgu menyediakan tempat pembakar..dalam hati hendak membantu kot!!! Cikgu Zahar memulakan proses memanggang ayam......Beberapa orang cikgu turut memanggang ayam termasuk juga mama Fawwaz dan mak Ain tetapi gambar mak tiada sebab jurufotonya sedang buat kerja...jurufotonya sudah tentulah mak Ain sendiri.......Malam ini kami makan BBQ ayam, sosej, mee, cupcake dan macam-macam lagi sampai tak tahu nak pilih nak makan apa. Kemudian kami diberi peluang bermain tanglung......Jam 11 kami mula berkemas-kemas untuk merehatkan diri (tidur)....kerana seawal pagi esok kami perlu berkemas-kemas sepenuhnya untuk menghadirkan diri ke progam Sukan Komuniti & OKU Putajaya pula. Malam ini Ain tidur dengan lenanya kerana kepenatan... ____________________________________________________________________________________________________________________________ Ahad 7 September 2014, seawal jam 5.30 pagi Ain sudah bangun...mandi. Begitu juga dengan kawan-kawan Ain, semuanya bergegas bangun untuk membersihkan diri, mandi dan bersedia untuk solat subuh dan mendengar tazkirah. Kemudian kami mula mengemas..membuka khemah-khemah dan packing pakaian kami ke dalam bag masing-masing. Pagi ni kami bersarapan simple saja iaitu makan ban roti dan cupcake serta minum air kotak saja kerana kami akan menyertai program di Padang Komuniti Presint 9 yang terletak tidak berapa jauh dari sekolah Ain...dari sekolah kami berjalan kaki beramai-ramai munuju ke destinasi berkenaan......Setiba di sana kelihatan para peserta sedang bersiap siaga untuk melakukan senaman arobik. Kami pun teus menyetainya......Ini pula gimik selepas perasmian iaitu permain boling buah kelapa......Selesai acara perasmian, bermulalah pula acara sukan yang disetai oleh persatuan OKU Putrajaya, PPKI sekolah Ain dan penduduk/komuniti Presint 9......Hari ni Ain berkesempatan bermain sukan bersama kakak-kakak dan abang-abang dari perrsatuan OKU Putrajaya untuk game kerusi beracun. Sakit perut tengok gelagat masing-masing untuk mengelak dari jadi mangsa muzik berhenti sebab siapa yang pegang kotak masa muzik berhenti maka dia terpaksa keluar dari group pemain. Lama jugalah Ain dapat main tapi Ain terpaksa akur bilamana 6 terakhir Ain kena keluar dari permainan..huuu..tak dapat hadiah......Kami beredar dari program itu selepas usai makan tengahari....Terima kasih kepada semua yang telibat....Terima kasih daun keladi, semoga tahun depan ada lagi......INSYAALLAH...

13 September, 2014

Karnival Kokurikulum 2014 @ Perkhemahan - Part 2

Selain pertandingan masak dan pertadingan kawat pasukan berunifom, pada hari yang sama (Sabtu, 6 September) diadakan juga pertandingan melukis, pertandingan mengukir buahan dan pertandingan ikatan tali/kain anduh utk murid PPKI @ Kadet JPAM Pendidikan Khas......Pertandingan melukis PPKI telah diwakili oleh Adila dan Inani. Lukisan Adila telah mendapat tempat kedua......Untuk pertandingan ikatan, hampir semua murid PPKI terlibat termasuk Ain di mana Ain turut menjadi salah seorang model. Sebelum pertandingan itu dimulakan, GPK PPKI iaitu Cikgu Zaharudin telah memberi taklimat ringkas berkaitan pertandingan ini..._________________________Acara terakhir ialah majlis penutup Karnival dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang......Bagi murid-murid perdana, usainya majlis penutup dan penyampaian hadiah mereka dibenarkan pulang tetapi bagi murid PPKI, perkhemahan kami bersambung satu hari lagi.......Dalam jam 2 petang majlis selesai dengan diakhiri jamuan makan tengahari.... ___________________________________________________________________ Selepas solat Asar murid-murid PPKI meneruskan aktiviti perkhemahan dengan perlawanan fussal.......Carta perlawanan mengikut kumpulan...murid-murid perempuan pun turut bermain fusal dan seperti biasa Ain akan jadi penonton setia... ............