13 September, 2014

Karnival Kokurikulum 2014 @ Perkhemahan - Part 1

...Jumaat 5 September 2014 untuk kali kedua PPKI mengadakan perkhemhan tetapi kali ini aktiviti ini dibuat di sekolah bersama murid-murid aliran perdana. Untuk hari pertama Ain tidak dapat menyertainya kerana Ain ada hipoterapi dan fizio terapi......Untuk aktiviti awal, kawan-kawan dan guru-guru serta PPM memasang khemah berhampiran bangunan Pendidikan Khas...manakala khemah bagi murid-murid perdana di tengah-tengah padang sekolah.... _______________________________________________________________________________________________________________________________ Sabtu 6 September, seawal pagi Ain hadir sekolah utk menyertai aktiviti perkhemahan@Karvival Kokurikulum...pagi ini pasukan kadet JPAM pendidikan khas menyertai pertandingan kawat bersama pasukan-pasukan berunifon sekolah iaitu kadet polis, Putri Islam dan lain-lain. Sebelum itu selepas usai senaman erobik kami bersarapan pagi terlebih dahulu......Ain dan kawan-kawan sedang memerhatikan persiapan pasukan kadet JPAM untuk acara pertandingan kawat......Pasukan kadet JPAM Pend.Khas diketuai oleh Nur Syafiq dan dianggotai seramai 16 orang ahli kadet......Untuk pertandingan ini pasukan kadet kami mendapat tempat ke 2 selepas Kadet Polis... _____________________________________________________________________________________________________________________________ Usai pertandingan itu..kami beralih pula ke beberapa acara iaitu Pertandingan ikatan tali dan kain anduh, pertandingan memasak, pertandingan melukis dan pertandingan ukiran buahan. Beberapa orang kawan ain terlibat dalam kesemua acara berkenaan......Lihatlah betapa berbakatnya kawan-kawan Ain iaitu Ideal dan Zaim. Dengan pemantauan cikgu, mereka berjaya memasak ayam masak merah dan sayur tumis kobis. Nah!!! Inilah hidangan dari hasil tangan chef PPKI kami. Mereka telah mendapat tempat yang ke 2 dalam pertandingan masak ini.......Selepas masak tentulah kena buat kerja-kerja mengemas dan membasuh peralatan yang telah digunakan...ye dak???... ...Jom kita tonton 3 klip video ini....
 ...Siap satu juadah, ayam masak merah berkuah. Lepas ini masak tumis sayur kobislah pula.........Usai masak tibalah masa untuk menghidang. Amacam, ada gaya chef kan....