31 Ogos, 2014

Melawat Kilang Roti Gardenia

Pada 27 Ogos 2014 Ain menyertai rombongan PPKI melawat kilang roti Gardenia di seksyen 26 Shah Alam......Sesampainya kami di kilang, kami disambut oleh kak Ina dan dibawa masuk ke bilik taklimat dan tayangan video korporat gardenia.. Di situ kami diberi penerangan ringkas tentang Gardenia dan proses pembuatan roti. Kilang Gardenia mempunyai 5 buah kilang iaitu Kilang pertama terletak di seksyen 15 Shah Alam, ke dua di Seksyen 23 Shah Alam, ke 3 di Puchong, ke 4 di Bukit Kemuning Shah Alam dan yang ke 5 di seksyen 26 iaitu kilang yang kami lawatan ini......Nur Ain cukup teruja mendengar taklimat dari kak Ina...Sepintas lalu tentang sejarah Gardenia...Pada tahun 1969 Horatio Sye Slocum seorang warga Amerika telah dihantar oleh 'International Executive Service Corp' ke Malaysia Timur untuk membuat kilang roti. Mr.Slocum membawa bersamanya 35 tahun pengalaman yang diperolehi dari salah satu rangkaian kilang pengeluaran roti yang terbesar di Amerika. Maka lahirlah GARDENIA. 4 faktor kejayaan Gardenia ialah...(1) Teknik pembuatannya menggunakan teknik span dan doh di mana span adalah adunan bahan-bahan utama iaitu air, yis, tepung, vitamin dan meneral untuk menghasilkan adunan span yang kemudiannya akan disimpan dalam bilik khas selama 4 jam. Selepas itu adunan span tadi akan ditambah dengan 2 bahan iaitu madu dan susu skim untuk menghasilkan aduan doh. Adunan doh ini akan direhatkan selama 1 jam. Faktor ke (2) adalah penggunaan bahan-bahan yang berkualiti. Faktor ke (3) Penggunaan teknologi canggih mesin-mesin yang diimpot dari Eropah dan Jerman. Faktor ke (4) Pembakaran dengan suhu 200 darjah celces selama 20 minit...Masa yang diambil utk menghasilkan roti ialah 8 jam....Usai taklimat dan tayangan video korporat kami terus dibawa melawat kilang tetapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar.....Kemudian kami dijamu dengan jamuan ringan. Di bilik jamuan ini sesi soal jawab diadakan. Macam-macamlah yang ditanyakan oleh kawan-kawan Ain terutama si Kimi tu....Sebelum beredar meninggalkan kilang, kami menerima cendera hati setiap seorang........Selepas itu kami melangsungkan lawatan kami ke Bangunan PKNS Shah Alam untuk makan KFC...

Tiada ulasan :