21 September, 2014

World Physical Therapy Day 2014

..Sabtu 20 September Ain bersama beberapa keluarga MyCP menyertai program World Physical Therapy Day di hadapan astaka Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Perjalanan acara agak terlewat sedikit kerana hujan rahmat turun sejak subuh. Sesampainya Ain di taman tasik titiwangsa hujan sudah berhenti. Selepas mendaftar Ain, abang dan mak Ain menyertai senaman arobik.......Ni riben menandakan peserta aktiviti hari ini......Usai ucapan perasmian kami pun memulakan jalanan sihat mengelilingi tasik titiwangsa..........Sambil berjalan abang sempat mengambil beberapa keping gambar permandangan sekitar Taman ni......Penat juga berjalan tapi tidak terasa sangat sebab cuaca redup dan nyaman..itulah hikmahnya hujan pagi ni......Di garis penamat kami disambut dengan pemberian bag cenderahati yang berisi minuman, makanan ringan dan sijil penyertaan......Selepas itu kami terus bersarapan pagi meehom goreng serta minuman air milo. Selain itu kami dihidangkan juga dengan forum, beberapa permainan dan gerai-gerai pameran. Ada juga disediakan pemeriksaan kesihatan percuma. Abang pula mengambil kesempatan menyewa basikal. Manakala MyCP membuka meja jualan barangan MyCP......Jam 1 tengahari kami sudah boleh beredar pulang..sebelum pulang Ain sempat bergambar kenangan dengan kawan-kawan Ain......Ain sempat juga bergambar dengan abang Ain...