26 Oktober, 2014

Di Balik Tabir World CP Day - Picnic In The Park - 10 Okt.2014

...Jumaat 10 Oktober kami bergerak dari rumah di dalam situasi kesesakakan jalan raya yg teruk sepanjang lebuhraya Seremban-KL. Entah apa yang menyebabkan jem, kami pun tidak pasti. Tiba di Rumah Tamu Kolej Tun Tun Syed Nasir jam sudah menunjukkan jam 2 petang dan tanpa berlengah kami membuat apa-apa kerja yg patut......Selapas itu dalam jam 3 petang kami bergerak pula ke tapak picnic di Taman Tasik Titiwangsa. Sementara menunggu kedatangan pekerja pemasangan khemah kami membuat kerja-kerja pemasangan kain rentang......Kami berada di sini hingga menjelang waktu Magrib di mana kami beredar meninggalkan tapak picnic tepat jam 7 malam dan bersepakat untuk datang ke sini semula jam 7 pagi esoknya untuk membuat persiapan-persiapan terakhir Picnic In The Park MyCP...

19 Oktober, 2014

Sesi Temubual di Selamat Pagi Malaysia (SPM TV1) - 9/10/2014

..Awal-awal pagi Ain bersama mak keluar rumah untuk pergi ke Angkasapuri untuk sesi temubual dirancangan SPM TV1. Kami dihantar oleh ayah...Tiba di sana rakan2 MyCP sudah sedia menunggu.......ini slot gambar-gambar life SPM TV1 saya yg diambil oleh kawan mak Ain......Selesai sesi siaran kami dijemput sarapan pagi.......Sebelum beredar dari Angkasapuri kami sempat bergambar kenangan...

12 Oktober, 2014

Video terkini Hippoterapi - Oktober 2014

video
Kelas RDA pada 10 Oktober 2014...

video..Dengarkan suara Ain...

05 Oktober, 2014

RDA di MAFEC + RDA Extra

Sudah agak lama saya tidak mengemaskini entri baru berkaitan aktiviti berkuda Ain. Untuk itu...hari ini saya akan satukan beberapa aktiviti terapi berkuda Ain yang kembali dijalankan di RDA MAFEC....orang kata tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mula-mula dapat glamour sebagai RIDER ISTIMEWA, hahaha.......kalau dahulu Ain menunggang Caramel tapi untuk aktiviti 2014 ain menunggang Julie pula dan kali ini Ain punya teman riding baru iaitu adik Janna berusia 9 tahun...comelkan adik Janna ni kannnn...gambar ni diambil pada Rabu 1 Oktober sempena HARI CP SEDUNIA, kerana itulah kami pakai baju hijau......Jumaat 3 Oktober, Ain cuba menaiki kuda sendiri kerana sebelum-sebelum ini Ain didukung untuk naik ke atas kuda tetapi untuk minggu ini kami cuba melihat keupayaan Ain untuk naik sendiri ke atas kuda. Walaupun masih memerlukan bantuan tetapi kelihatan Ain berusaha untuk naik ke atas kuda...dan akhirnya berjaya...

Jom Tonton beberapa Video Ain sedang Berkuda

video..Video 7 Mei 2014... video....Bukan main seronoknya Ain bila dapat buat aktiviti trot. Dia suka...pengiring kiri kanan pun kena berlari-lari anak sama...penat! tapi melihatkan Ain gembira....kami pun gembira sama... video

https://www.facebook.com/video.php?v=780407038665241&l=5863064704310908438

Video Terapi Berenang Terkini - Okt.2014

Video pada tanggal  2 Ogos 2014... video

. video...video pada 30 September 2014....

03 Oktober, 2014

MUNAJAT SEMPENA WUQUF DI ARAFAH

...Jom kita sama-sama aamiin kan doa munajat ini...dari saudara Ain____________MUNAJAT SEMPENA WUQUF DI ARAFAH Ya Allah.. Anugerahkan kepada kami rasa takut kepadaMu yang dapat menghalangi kami dari berbuat maksiat kepadaMu. Anugerahkan kepada kami kekuatan untuk mentaatiMu yang dengannya Engkau memasukkan kami ke dalam syurgaMu_____________ Ya Rahman.. Anugerahkan kepada kami keyakinan terhadap qadha' dan qadarMu yang dengannya Engkau menjadikan kami merasa ringan atas semua musibah dunia yang menimpa kami. Berikan kepada kami kenikmatan dan manfaat melalui pendengaran dan penglihatan kami dan berilah kekuatan kepada kami selama kami masih hidup serta jadikanlah semua nikmat dan manfaat itu tetap ada pada kami sampailah ke akhir hayat kami.______________ Ya Rahiim... Jadikanlah kami sebagai hambaMu yang hanya menuntut balas kepada mereka yang telah menzalimi kami. Tolonglah kami Ya Allah dalam menghadapi orang yang memusuhi kami, janganlah Engkau timpakan musibah (keburukan) dalam urusan agama kami_____________ Ya Zaljalaali Wal Ikraam... Janganlah Engkau jadikan kami sebagai hamba yang hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama hidup kami dan janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang hanya mengetahui dan memikirkan dunia semata-mata._____________ Ya Qahhar Ya Jabbar.. Janganlah disebabkan dosa dan maksiat yang kami lakukan Ya Allah maka Engkau menjadikan orang-orang tidak mengasihi kami sebagai penguasa di negeri kami. Maafkan kami Ya Allaah.. Ampunkan kami Ya Rahman.. Rahmatilah kami Rahiim.. Ameen Ya Rabbal A'lamiin._______________Daripada Ust Khalid Isa An Nadwi Jumaat 8 Z.Hijjah 1435H...aamiin......Ustaz besama isteri di Turki...

01 Oktober, 2014

Selamat Menyambut Hari Cerebral Palsy Sedunia....2014, CP BOLEH !!!

Di sini Ain sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Cerebral Palsy Sedunia'. Semoga ceria-ceria selalu dan jadikan halangan OKU sebagai peluang kerana CP BOLEH!..........nak riding pun kena comel-comel juga..heeee...