26 Oktober, 2014

Di Balik Tabir World CP Day - Picnic In The Park - 10 Okt.2014

...Jumaat 10 Oktober kami bergerak dari rumah di dalam situasi kesesakakan jalan raya yg teruk sepanjang lebuhraya Seremban-KL. Entah apa yang menyebabkan jem, kami pun tidak pasti. Tiba di Rumah Tamu Kolej Tun Tun Syed Nasir jam sudah menunjukkan jam 2 petang dan tanpa berlengah kami membuat apa-apa kerja yg patut......Selapas itu dalam jam 3 petang kami bergerak pula ke tapak picnic di Taman Tasik Titiwangsa. Sementara menunggu kedatangan pekerja pemasangan khemah kami membuat kerja-kerja pemasangan kain rentang......Kami berada di sini hingga menjelang waktu Magrib di mana kami beredar meninggalkan tapak picnic tepat jam 7 malam dan bersepakat untuk datang ke sini semula jam 7 pagi esoknya untuk membuat persiapan-persiapan terakhir Picnic In The Park MyCP...