05 Oktober, 2014

RDA di MAFEC + RDA Extra

Sudah agak lama saya tidak mengemaskini entri baru berkaitan aktiviti berkuda Ain. Untuk itu...hari ini saya akan satukan beberapa aktiviti terapi berkuda Ain yang kembali dijalankan di RDA MAFEC....orang kata tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mula-mula dapat glamour sebagai RIDER ISTIMEWA, hahaha.......kalau dahulu Ain menunggang Caramel tapi untuk aktiviti 2014 ain menunggang Julie pula dan kali ini Ain punya teman riding baru iaitu adik Janna berusia 9 tahun...comelkan adik Janna ni kannnn...gambar ni diambil pada Rabu 1 Oktober sempena HARI CP SEDUNIA, kerana itulah kami pakai baju hijau......Jumaat 3 Oktober, Ain cuba menaiki kuda sendiri kerana sebelum-sebelum ini Ain didukung untuk naik ke atas kuda tetapi untuk minggu ini kami cuba melihat keupayaan Ain untuk naik sendiri ke atas kuda. Walaupun masih memerlukan bantuan tetapi kelihatan Ain berusaha untuk naik ke atas kuda...dan akhirnya berjaya...