30 November, 2014

Menonton Teater 'MISI MENYELAMAT' - Karya dan Arahan Maisyarah Mazlan

...Klip video Teater yang membuat Ain teruja menyanyi sama...PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK MISI MENYELAMAT ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar daripada Fakulti Filem, Teater Dan Animasi UITM Shah Alam. Teater mengisahkan seorang budak perempuan bernama Sarah bersama kucingnya, Edin yang menjalankan satu misi menyelamat untuk menyelamatkan rakan mereka bernama Siti di mana Siti telah ditangkap oleh seorang Ahli Sihir kerana keluar rumah di waktu malam. Sepanjang perjalanan Sarah dan Edin ke rumah Ahli Sihir, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran dan akhirnya misi mereka berjaya...Pementasan di adakan di Perpustakaan Awam Selangor...pada 25 November 2014 jam 11 pagi hingga 1 tengahari...     ....Seawal jam 10 pagi Ain dan mak keluar rumah menuju Shah Alam untuk menyaksikan teater. Alhamdulillah...pihak pengurusan teater telah menyediakan tempat khas buat Ain dan mak..kami duduk di barisan hadapan berhampiran pentas...terima kasih kerana memberi layanan baik buat Ain. Seronok Ain dapat menonton teater ini dari dekat malah pelakon utamanya sempat menyentuh Ain ketika lewat di hadapan Ain...  ...Teater ini cukup menghiburkan dan penuh pengajaran....Pelakonnya semua berbakat besar. TAHNIAH buat semua yang menjayakan teater ini. TAHNIAH kak Maisyarah Mazlan selaku pengarah dan pengkarya serta memegang watak utama dalam teater ini....     ...tengoklah berapa teruja dan gembiranya Ain menonton teater ini...  ..Sebelum balik Ain sempat bergambar dengan pelakon-pelakon. Ain menerima seutas gelang pemberian kak Siti. Terima kasih kak Siti........Di penghujung teater telah diadakan sesi soal jawab soalan berkaitan teater...beberapa orang adik telah datang ke atas pentas untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh pelakon watak utama dan disusuli pula penyampaian cenderahati penghargaan buat penaja-penaja teater ini....     

16 November, 2014

Jamuan Terakhir Di PPKI SMKPP 9(2)

Tatkala usia dihambat masa, ada gelora melanda jiwa. Adat dunia tiap pertemuan pasti ada saat untuk berpisah. Hari ini adalah hari terakhir Ain bersama dalam majlis di PPKI SMKPP 9(2). Pastinya Ain tidak mengerti apa-apa. Senyum sentiasa di bibirnya saat hati siibu penuh sarat dengan kesedihan yang sukar untuk digambarkan......Seawal pagi segala persiapan jamuan diuruskan. Minuman dan makanan disediakan oleh guru-guru dan murid-murid. Ada satey, nasi impit dan juadah-juadah lain termasuk minuman air sirap.......Hari ini Ain sempat bergambar kenangan dengan kawan-kawan.......Hari ini juga Ain menerima cenderahati terakhir dari GPK. Hati ibu yang sebak pilu sedangkan Ain tersenyum gembira. Anak istimewa ini tidak mengerti apa-apa.......Selamat tinggal PPKI SMKPP 9(2). Entah kapan lagi kita bisa ketemu lagi. Terima kasih atas segalanya, maafkan jika ada salah dan silap. Terlalu banyak kenangan di sini...kini semuanya tinggal kenangan_________________________Rabu 19 November 2014, hari terakhir Ain bersama kawan-kawan PPKI 9(2).......Selamat tinggal Aizat, selamat tinggal Anas, selamat tinggal Firdaus...........

09 November, 2014

Hidroterapi Air Garam Di Home Spa

Bersama kak Miera di kolam renang pada Ahad 2 Novembetr 2014 _________________________
Video hidroterapi air garam pada Rabu 5 November...cuba untuk berdiri....Hari ini riuh dengan suara Ain....happy sangatlah tu.....
....Sekarang Ain mudah saja memanjat satu anak tangga kolam....


02 November, 2014

Temubual Di NSTP/BH Jalan Riong Bangsar - 28/10/2014

...Tanggal Selasa 28 Oktober 2014, Ain, ayah dan mak berkunjung ke pejabat Berita Harian untuk sesi temubual untuk page BH Famili oleh wartawan bernama Azida Shaharuddin berkaitan keluarga dan cabaran membesarkan anak istimewa.......Ain possing di ruang loby sementara menunggu wartawan turun menjemput kami.......pelbagai soalan yang diajukan kepada mak dan ayah...usai temubual sesi bergambar pun bermula..aduhai macam-macam gaya jurufoto arahkan...entah apa rupa..tengoklah nanti bila ianya disiarkan......Tapi...apa-apa pun Alhamdulillah...Sesi temubual dan sesi bergambar berjalan dengan lancarnya dan kami berangkat pula dalam suasana hujan....hujan rahmat.