30 November, 2014

Menonton Teater 'MISI MENYELAMAT' - Karya dan Arahan Maisyarah Mazlan

...Klip video Teater yang membuat Ain teruja menyanyi sama...PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK MISI MENYELAMAT ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar daripada Fakulti Filem, Teater Dan Animasi UITM Shah Alam. Teater mengisahkan seorang budak perempuan bernama Sarah bersama kucingnya, Edin yang menjalankan satu misi menyelamat untuk menyelamatkan rakan mereka bernama Siti di mana Siti telah ditangkap oleh seorang Ahli Sihir kerana keluar rumah di waktu malam. Sepanjang perjalanan Sarah dan Edin ke rumah Ahli Sihir, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran dan akhirnya misi mereka berjaya...Pementasan di adakan di Perpustakaan Awam Selangor...pada 25 November 2014 jam 11 pagi hingga 1 tengahari...     ....Seawal jam 10 pagi Ain dan mak keluar rumah menuju Shah Alam untuk menyaksikan teater. Alhamdulillah...pihak pengurusan teater telah menyediakan tempat khas buat Ain dan mak..kami duduk di barisan hadapan berhampiran pentas...terima kasih kerana memberi layanan baik buat Ain. Seronok Ain dapat menonton teater ini dari dekat malah pelakon utamanya sempat menyentuh Ain ketika lewat di hadapan Ain...  ...Teater ini cukup menghiburkan dan penuh pengajaran....Pelakonnya semua berbakat besar. TAHNIAH buat semua yang menjayakan teater ini. TAHNIAH kak Maisyarah Mazlan selaku pengarah dan pengkarya serta memegang watak utama dalam teater ini....     ...tengoklah berapa teruja dan gembiranya Ain menonton teater ini...  ..Sebelum balik Ain sempat bergambar dengan pelakon-pelakon. Ain menerima seutas gelang pemberian kak Siti. Terima kasih kak Siti........Di penghujung teater telah diadakan sesi soal jawab soalan berkaitan teater...beberapa orang adik telah datang ke atas pentas untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh pelakon watak utama dan disusuli pula penyampaian cenderahati penghargaan buat penaja-penaja teater ini....