31 Disember, 2014

Klip Video - Video Pilihan

-Ada 6 video :- 1. Kenangan Terindah Ain Ramadhania, 2. Ain Ramadhania Bersama Rakan MyCP..... 3. RDA Movie Vs Ain, 4. Hanya Pada Mu - Ain Ramadhania..... 5. Movie Ain Ramadhania, 6. Sampaikan Salam -Salam Ku Yang Terakhir.....

29 Disember, 2014

29 Disember 2014 - Ain Confirm Berpindah Sekolah

Isnin 29 Disember 2014, Ain didaftarkan ke SMKPP 18(1) selepas 4 tahun berada di SMKPP 9(2). Mulai Januari 2015 Ain akan bersekolah di SMKPP 18(1). Memang berat untuk meninggalkan SMKPP 9(2), terlalu banyak kenangan terindah di sana...namun apakan daya sudah ditakdirkan begitu, kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Biarpun sedih namun tetap diterima dengan hati yang redho. Amat sukar untuk mengucapkan Salam Terakhir...Untuk itu Ain abadikan antara gambar-gambar kenangan sepanjang 4 tahun Ain bersekolah di SMKPP 9(2) di dalam klip video ini... ______________________________________________________________________Terima kasih buat semua, segala jasa baik tidak pernah akan dilupakan. Semoga Allah SWT merahmati kita semua walau di mana pun kita berada, aamiin...Maafkan andai ada salah dan silap Ain. MAAF ZAHIR BATIN

28 Disember, 2014

Anak OKU Anugerah Terindah - BH : Famili Khamis 18/12/2014

...Selepas sebulan lebih menunggu dan akhirnya Khamis 18 Disember disiarkan...http://ain-kauyangteristimewa.blogspot.com/2014/11/temubual-di-nstpbh-jalan-riong-bangsar.html.....Gambar kelihatan Ain sedang menonton filem Seniman Bujang Lapok lakonan Allahyarham P.Ramlee, Aziz Satar dan S.Samsudin. Banyak-banyak filem, filem P.Ramlee juga yang menjadi filem yang diminati Ain. Bagitu hebat pengaruh Filem P.Ramlee sehingga mampu menambat hati Ain...Gambar ini tidak disiarkan walaupun gambar ini diambil atas permintaan wartawan....(Mungkin kerana ruang terhad)

17 Disember, 2014

Video Ain bersama MyCP

....vedio terkini ain bersama MyCP dengan artis ALTIMET __________________________________________________________________________
...aktiviti bersama rakan-rakan senasib...

09 Disember, 2014

Puan Sohana Meeting bersama AJK MyCP - 6 Dis.2014

Mak Ain menyertai mesyuarat AJK MyCP untuk perbincangan beberapa aktiviti MyCP untuk tahun 2015 di rumah aunty Anis di Taman Tropika 2 Kajang......Our chairman DR.Sazlina dan Sebahagian dari AJK MyCP yang hadir meeting...ada Timbalan Pengerusi Puan Rafidah, Ada Setiausaha ,ada pen.Setiausaha, ada Bendahari dan ajk-ajk lainnya......masing-masing sedang khusyuk mendengar pencerahan dari DR.Sazlina berkaitan kelas MyCP......tiba masa nak possing...spy spy spy...Meeting selesai jam 6.30 petang.