30 Januari, 2014

Majlis Pelancaran Sekolah International Baccalaureate dan Majlis Persaraan Pengetua SMKPP 9(2)

...Hari ini Isnin 21 Januari 2014 beberapa orang kawan Ain menyertai aktiviti pelancaran pembelajaran sistem International Baccalaureate di mana sekolah Ain telah terpilih dari 10 buah sekolah seluruh Malaysia bagi melaksanakan sistem sekolah International Baccalaureate ini......Selepas selesai majlis perlancaran itu diikuti pula majlis persaraan Pengetua sekolah Ain. Acara kemuncak ialah acara keberangkatan pulang Datin Pengetua dengan diiringi 4 ekur kuda yang ditunggangi oleh pegawai dari Perbadanan Putrajaya.....Walaupun terbayang kesedihan di wajah Datin Pengetua, namun Bonda Datin masih tetap anggun dan kami akan merindui wajah anggun ini..... ..Terima kasih yang tidak terhingga Ain ucapkan di atas segala layanan baik Bonda Datin terhadap kami pelajar-pelajar khas dan juga khasnya kepada ibu Ain yang telah diberi kebebasan/kelonggaran untuk keluar masuk serta berada di dalam kawasan sekolah tanpa ada halangan dari pihak Bonda Datin. Semoga segala kebaikan dan budi baik itu Allah berikan keberkatan dan pahala yang besar buat Bonda Datin, ameen...

21 Januari, 2014

Perkembangan Positif Selepas Menjalani Rawatan Mandian Air Garam dan Urutan.....

Masa awal-awal buat rawatan Jun - Sep.2013


 November 2013......sudah mula menggunakan perlampong di lengan sahaja.......

Duduk santai di tepi kolam sambil mencedok air........kebetulan hujan renyai-renyai......

 Alhamdulillah...Ain sudah mula bertenaga untuk berjalan. Langkah kaki juga semakin bagus......cuma pengimbangan badan masih perlu diperbaiki lagi.....


16 Januari, 2014

Pendidikan Jasmani di padang sekolah

Isnin 13 Januari, sesi pendidikan jasmani bermula....dimulai dengan senaman regangan......diikuti sesi permainan di arena fusal sekolah.......GPK PPKI sedang memberi penerangan cara permainan kepada semua pelajar....

Sesi Persekolahan 2014

...Khamis 2 Januari 2014, Ain memulakan sesi persekolahan utk tahun yang ke 4 di PPKI SMK.Putrajaya Presint 9(2). Bezanya tahun ini sekolah Ain memulakan sepenuhnya sistem pembelajaran bertaraf international school....Sebenarnya sesi pendaftaran dan penerangan sudah dibuat pada Jumaat 27 Disember 2013......Pada Rabu 9 Januari 2014, kami memulakan pula sesi kokurikulum pada sebelah pagi. Disusuli mesyuarat dan Pemilihan jawatan kuasa (AJK) bagi Pakaian Berunifom JPAM dan Persatuan........sesi pemilihan beredar ke ruang lain kerana matahari sudah menyinar.........Ain menjamu selera di kantin sekolah di waktu rehat......

05 Januari, 2014

Berkunjung ke Rumah Amal Cheshire Selangor.

Tanggal 30 Disember 2013, Ain, abang dan mak berkunjung ke SELANGOR CHESHIRE HOME di Selayang berhampiran Pasar Borong Selayang untuk mengambil kerusi roda yang diberi secara percuma pemberian dari satu badan NGO luar negara yang mengamanahkan pengagihan kerusi-kerusi roda berkenaan di bawah pengurusan rumah amal ini dan yang mengendalikannya ialah en. Hafiz....Terima kasih kepada beliau yang sudi meluangkan masa mengenadalikan kerusi roda utk Ain...kerusi roda tu sesuai dgn keadaan fizikal Ain...Terima kasih en. Hafiz  dan pihak Rumah Amal Cheshire Selangor......Semetara menunggu urusan kerui roda siap, sempatlah melawat bengkil pemprosesan roti meroti dan sempat juga merasa rotinya...emmm, sedappp......Jam 5.15 petang kami pun bergerak pulang dengan membawa kerusi dan roti....