29 Jun, 2014

Program Sukaneka Mesra Surau

Sabtu 22 Jun 2014 bermula jam 8 pagi kami warga Taman Bukit Serdang mula berkumpul untuk Program Sukaneka Mesra Surau.....Selepas pendaftaran kami bersarapan dengan nasi lemak dan juadah kueh donat dan karipap serta minuman teh......kemudian kami bersiap sedia utk acara sukaneka...Ni gambar abang tengah isi air dalam belon......sementara itu Ain sempatlah possing......Antara acara-acara sekaneka ialah cari kasut sendiri, cari gula-gula dalam tepung dan masuk air dalam botol dengan menggunakan span......macam, biasalah Ain jadi pemerhati saja kerana tak pernah ada acara diperuntukkan untuk katagori Ain (OKU) walaupun sebenarnya ada beberapa OKU di taman kami ni...mereka dah terlepas pandang, biasalah tu....Acara seterusnya adalah acara suami isteri iaitu lambong sayang yang boleh buat basah kuyup......disusuli pula acara masuk benang pada jarum, acara boling buah kelapa kering, acara kumpulan lambung buah dadu...selepas acara ni Ain pun main lambung buah dadu sorang-sorang sebab mak tahu Ain teringin nak turut serta main, orang lain tak ambil kesah pun....apa na buat, ye dak???......emm, dahaganya...Acara berikutnya ialah acara pancing botol, acara bawa bola pimpong pakai sudu dengan mulut dan boling guna buah kelapa kering........Ini pula ialah gambar Ain bersukaneka sendiri-sendiri dengan bantuan mak dan ayah Ain.......dikuti pula acara keluarga acara lambong sayang dan acara terakhir tendang bola dalam gol buat kaum ibu sahaja.....Sebelum bersurai kami bergambar beramai-ramai dan Ain dapat bergambar dengan kak long Linda...

20 Jun, 2014

Sahom Farm Retreat

...Untuk maklumat lanjut sila ke.....https://www.facebook.com/SahomFarmRetreatPerak