16 Januari, 2015

Ain Di Sek.Men.Keb. Putrajaya Presint 18 (1)

Isnin 12 Januari 2015, Ain memulakan sesi persekolahan di PPKI SMKPP 18(1)......Hari pertama sekolah Ain nampak ok saja, dia mahu berkawan dan bergurau dengan kawan-kawannya. Inilah salah satu kelebihan yang Ain dapat bila memasuki sekolah pendidikan khas. Menyesuaikan diri dengan kawan-kawan sekolah tiada menjadi masalah besar kepada Ain. Peluang dan pendedahan Ain dengan aktiviti-aktiviti sekolah terdahulu telah menjadi salah satu sebabnya selain pendedahan yang kami ibubapanya berikan padanya......Untuk minggu pertama ini Ain ditempatkan dalam kelas MBK Sinar Gemilang. Di sini murid pendidikan khas di panggil Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ada kelas MBK Sinar cabaran, Farzana ditempatkan di kelas ini. Ada MBK Sinar Bestari dan MBK Sinar Wawasan, di mana Adilah berada di kelas ini. Selain itu ada kelas Masalah Pendengaran. Fazana dan Adilah adalah kawan-kawan Ain dari SMKPP 9(2) yang bertukar ke sekolah ini. Di sini juga ada Bilik Seni Kreatif termasuk batik canting, Bilik Kulinari, Bilik Urus Diri & Kamar Selesa, Bilik Rekreasi & Pusat sumber. Di sini juga ada kelas Sinar Harum Laundry (PPKI)......MBK di sini rehat pada jam 9.15 pagi dan pulang pada jam 1.30 tengahari, namun Pengetua di sekolah ini hanya akan melepaskan pelajar-pelajarnya pulang rumah selepas menunaikan solat Zohor di surau sekolah. Ini termasuk MBK..MBK lelaki bersolat di Surau manakala MBK perempuan solat di dalam Bilik Urus Diri & Kamar Selesa. Walau bagaimanapun Ain diberi kelonggaran balik lebih awal dari kawan-kawan yang lain kerana cikgu memahami keadaan Ain yang terpaksa duduk di kerusi roda selama 4 setengah jam dan ini tidak bagus untuk Ain apatah lagi Ain mempunyai masalah skoliosis (tulang belakang bengkok) Alhamdulillah...terima kasih cikgu Fatimah......Ini pula kantin sekolah Ain...Cantik dan bersih. Sesiapa yang rindu nak jumpa Ain.jemputlah datang ke sekolah ini tapiiiiii....bawa jajan ya. Hahaha...Kalau ada yang nak derma buku atau apa saja ke sekolah Ain silalah...kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Sesungguhnya, tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia...pasti ada hikmahnya. MBK bukan saja memberi rahmat kepada ibubapanya tetapi memberi rahmat utk sekaliannya. Hanya yang punya hati nurani saja yang bisa mengerti...Ikhlaskan segalanya dan terima MBK seadanya...

Tiada ulasan :