23 Mac, 2015

Kenangan Bersama Arwah Atok - Tinggal Kenangan

Kini tiada lagi kata-kata..."Tak cakap pun...." yang ditujukan pada Ain kerana suara itu sudah meninggalkan kami untuk selamanya. Pagi 7 Mac 2015 (Sabtu) atok telah dipanggil pulang kepada pemiliknya dalam keadaan koma kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.......Ni gambar bersama arwah atok di KLIA semasa menghatar atok dan ayah Ain pergi menunaikan umrah dari 15 Feb hingga 27 Feb.2015. Semasa di Tanah suci arwah atok tak sihat dan tak boleh bangun selama dua hari tetapi sebelum itu arwah atok sempat menyelesaikan kerja-kerja umrahnya....Ini antara gambar kenangan arwah atok semasa di tanah suci......Selepas balik ke tanahair pada Jumaat 27 Feb.arwah tak berapa sihat mulut pahit, tak ada selera makan dan nafas agak tecungap-cungap. Sabtu 28/2 kami hantar arwah balik kampung (Perak) manakala pada esoknya pakcik ain (abang ayah Ain) bawa arwah jumpa Doktor di klinik swasta. Sejak dari hari itu kesihatan arwah atok semakin menurun hinggalah pada petang Khamis 5 Mac arwah atok dibawa ke wad kecemasan di hospital Batu Gajah dengan ambulan dan akhirnya dalam jam 3 pagi Jumaat 6 Mac arwah dipindahkan pula ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Setelah diperiksa, Doktor telah mengambil keputusan merehatkan arwah dan dalam keadaan koma itulah arwah pergi untuk selamannya tanpa sempat meninggalkan pesanan terakhir untuk kami semua__________________________________________________Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh atok dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yg beriman, aamiin....Di sini dititipkan antara gambar-gambar kenangann terakhir kami bersama arwah atok.......gambar-gambar ni diambil semasa kami jalan-jalan ziarah kawan-kawan ayah di Johor dan Melaka dari 10 Dis.2014 hingga 12 Dis.2014....Sesungguhnya tiap yang hidup pasti akan mati. Kita ini hanya dipinjamkan, bila sampai waktunya kita akan pulang kembali kepada pemiliknya iaitu Allah SWT. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah atok....