26 April, 2015

I'm happy with my hidrotherapy

Jumaat 24 April 2015, macam biasa Ain meneruskan rutin rawatan Ain di Homespa Ice Therapy Shah Alam. Kalau ada sesiapa yang nak join Ain...jomlah.....Selain happy swimming, air garam ini dapat merawat kita secara semulajadi. Nak tahu macamana??? Maka kenalah datang ke sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dari kakitangan di sini....
....Alamat tempat ni.................Family Home Spa Ice Therapi. No 28 Jalan Tarian 11/2 Seksyen 11, 40100 Shah Alam Selangor..... Buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.......

...Selain tu anda juga boleh mencuba rawatan Hidroterapi Ais (HDA)......Ni Ain tengah mandi ais di rumah...pakai kolam ni pun boleh mandi ais, cumanya beli je formula-formula mandian tu di Home Spa atau di HQCVT. Formula utamanya ialah Aroma Sejuta wajah ni...

25 April, 2015

Cerita Petang Rabu 22 April 2015

___Ini adalah julung-julung kalinya entri berkaitan fizio terapi Ain di Smart Integrated ShahAlam dipaparkan. Ain membuat fizio terapi di sini biasanya dua minggu sekali selama 2 jam setiap satu sesi...samada hari Rabu atau Jumaat. .....Latihan regangan dan latihan berjalan...________Sedikit klip video terapi regangan untuk bahagian tangan Ain_______

19 April, 2015

Menyertai Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Putrajaya Tahun 2015

...Seawal pagi Rabu 15 April 2015 Ain dan semua warga PPKI SMKPP 18(1) yang terlibat dengan Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Putrajaya telah berkumpul di Stadium Mini Uniten. Turut menyertai Ain sudah tentunya mak dan abang Ain......Pagi ini Ain akan menyertai kontinjen perbarisan PPKI 18(1). Cikgu-cikgu dan PPM semuanya sibuk membuat persiapan terakhir untuk acara perbarisan ini. Nah! Lihatlah bagaimana sibuknya kami, sibuk possing juga...hahaha....Ni pula gambar cikgu sedang menyiapkan Super Hero kami......Ain dengan bantuan abang dan mak berusaha mendaki tangga mendapatkan kawan-kawan di barisan tingkat atas grandstand stadium dan bergambar dengan mereka......Sebelum acara bermula Ain sempat possing dengan Syafiqah dan Tasya. Siap bunga lagi di kepala gitu......Ketibaan tetamu VIP......Sebelum perbarisan lintas hormat bermula...beberapa acara balapan telah dijalankan. Alhamdulillah, kawan-kawan Ain telah memenangi beberapa acara antaranya acara 100 meter dan 200 meter serta beberapa acara lain lagi.......Syafiqah dengan gaya larian seorang atlet.......Ini pula gambar-gambar semasa perbarisan lintas hormat, bacaan ikrar dan doa sempena Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Putrajaya. Kontinjen sekolah Ain telah mendapat tempat ke tiga untuk katagori sekolah menengah.......This is our SUPER HERO.......Super Hero tengah bertarung....dan akhirnya dengan mudah Super Hero menewaskan lawan...Tengok! Musuh udah tumpo weh!!!......Bacaan ikrar dan doa....Yang ni pula kami saja-saja possing......Bila dah nama tempatnya Putrajaya maka sudah tentu akan jumpa juga dengan guru-guru, PPM dan kawan-kawan dari PPKI 9(2) iaitu sekolah lama Ain sebelum Ain berpindah ke PPKI 18(1). Ain tidak pernah melupakan jasa baik semua tenaga pengajar dan PPM di PPKI 9(2) walau di mana pun Ain berada kerana kekuatan semangat Ain telah diasuh di sana "Cuba Ain. Ain Boleh!!!". Namun, ada ketikanya bisa menerima Ain seadanya. TERIMA KASIH SEMUA....Haaa....Inilah pingat yang kami PPKI 18(1) dapat...Syukur Alhamdulillah...

12 April, 2015

Sukan Sekolah SMKPP 18(1)

Tanggal Sabtu 11 April 2015, buat pertama kalinya Ain menyertai sukan di SMKPP 18(1) kerana sebelum ini Ain bersekolah di SMKPP 9(2). Hari ini juga Ain dapat berjumpa PPM Azmi yang turut bertukar ke sekolah SMKPP 18(1) selepas 3 bulan lebih Ain meninggalkan SMKPP 9(2) tapi orang kata..yang berlalu biarkan berlalu dan kini tempuhilah situasi baru di tempat baru. Justeru itu Ain tetap Ain...tetap ceria walau di manapun Ain berada.....Seawal pagi Ain sudah berada di perkarangan khemah PPKI. Cikgu-cikgu, PPM dan parents saling bantu membantu menyiapkan hiasan khemah......Inilah khemah kami......Kali ini Ain tidak menyertai perarakan perbarisan sebab tak cukup murid untuk menolak kerusi roda Ain. Tahun ni PPKI mengambil tema Super Hero.......Ini pula gambar Ain di tengah padang untuk acara penyampaian pingat pada peserta.......hahaha...Ain perasan. Terima kasih Syafiqah....Usai termasya sukan, Ain terus ke Shah Alam untuk sesi rawatan...hidroterapi air garam dan urutan....Sementara menunggu sesi urutan Ain possing di persekitaran homespa yang mempunyai lanskap yang sangat menarik....