Ahad 12 April 2015, Ain ke Selangor Turf Club (STC) untuk menyaksikan Competition horse show jumping yang turut disertai anggota-anggota MAFEC tempat Ain buat terapi berkuda. Competition ni telah berlangsung sejak Sabtu 11 April. Ain sampai ke arena pertandingan jam 10.45 pagi dan Ain berkesempatan menyaksikan Kpl. Rahim bertanding. Abang Rahim telah mendapat tempat pertama...TAHNIAH abang Rahim...HEBAT!........
...............Senyum seorang juara...___________________...Teruja Ain menyaksikan show jumping ni...(Dalam hatinya..mungkin berkata-kata...Ain pun nak jumping macama ni juga)......Hebat riders ni....kannnn.......Ni wajah orang tak puas hati kerana tak dapat menunggang kuda dan jumping macam abang Rahim...Bercitarasa tinggi Ain ni tapi tiada yang mustahil kalau KunFayakun...._____________
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...