19 April, 2015

Menyertai Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Putrajaya Tahun 2015

...Seawal pagi Rabu 15 April 2015 Ain dan semua warga PPKI SMKPP 18(1) yang terlibat dengan Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Putrajaya telah berkumpul di Stadium Mini Uniten. Turut menyertai Ain sudah tentunya mak dan abang Ain......Pagi ini Ain akan menyertai kontinjen perbarisan PPKI 18(1). Cikgu-cikgu dan PPM semuanya sibuk membuat persiapan terakhir untuk acara perbarisan ini. Nah! Lihatlah bagaimana sibuknya kami, sibuk possing juga...hahaha....Ni pula gambar cikgu sedang menyiapkan Super Hero kami......Ain dengan bantuan abang dan mak berusaha mendaki tangga mendapatkan kawan-kawan di barisan tingkat atas grandstand stadium dan bergambar dengan mereka......Sebelum acara bermula Ain sempat possing dengan Syafiqah dan Tasya. Siap bunga lagi di kepala gitu......Ketibaan tetamu VIP......Sebelum perbarisan lintas hormat bermula...beberapa acara balapan telah dijalankan. Alhamdulillah, kawan-kawan Ain telah memenangi beberapa acara antaranya acara 100 meter dan 200 meter serta beberapa acara lain lagi.......Syafiqah dengan gaya larian seorang atlet.......Ini pula gambar-gambar semasa perbarisan lintas hormat, bacaan ikrar dan doa sempena Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Putrajaya. Kontinjen sekolah Ain telah mendapat tempat ke tiga untuk katagori sekolah menengah.......This is our SUPER HERO.......Super Hero tengah bertarung....dan akhirnya dengan mudah Super Hero menewaskan lawan...Tengok! Musuh udah tumpo weh!!!......Bacaan ikrar dan doa....Yang ni pula kami saja-saja possing......Bila dah nama tempatnya Putrajaya maka sudah tentu akan jumpa juga dengan guru-guru, PPM dan kawan-kawan dari PPKI 9(2) iaitu sekolah lama Ain sebelum Ain berpindah ke PPKI 18(1). Ain tidak pernah melupakan jasa baik semua tenaga pengajar dan PPM di PPKI 9(2) walau di mana pun Ain berada kerana kekuatan semangat Ain telah diasuh di sana "Cuba Ain. Ain Boleh!!!". Namun, ada ketikanya bisa menerima Ain seadanya. TERIMA KASIH SEMUA....Haaa....Inilah pingat yang kami PPKI 18(1) dapat...Syukur Alhamdulillah...