12 April, 2015

Sukan Sekolah SMKPP 18(1)

Tanggal Sabtu 11 April 2015, buat pertama kalinya Ain menyertai sukan di SMKPP 18(1) kerana sebelum ini Ain bersekolah di SMKPP 9(2). Hari ini juga Ain dapat berjumpa PPM Azmi yang turut bertukar ke sekolah SMKPP 18(1) selepas 3 bulan lebih Ain meninggalkan SMKPP 9(2) tapi orang kata..yang berlalu biarkan berlalu dan kini tempuhilah situasi baru di tempat baru. Justeru itu Ain tetap Ain...tetap ceria walau di manapun Ain berada.....Seawal pagi Ain sudah berada di perkarangan khemah PPKI. Cikgu-cikgu, PPM dan parents saling bantu membantu menyiapkan hiasan khemah......Inilah khemah kami......Kali ini Ain tidak menyertai perarakan perbarisan sebab tak cukup murid untuk menolak kerusi roda Ain. Tahun ni PPKI mengambil tema Super Hero.......Ini pula gambar Ain di tengah padang untuk acara penyampaian pingat pada peserta.......hahaha...Ain perasan. Terima kasih Syafiqah....Usai termasya sukan, Ain terus ke Shah Alam untuk sesi rawatan...hidroterapi air garam dan urutan....Sementara menunggu sesi urutan Ain possing di persekitaran homespa yang mempunyai lanskap yang sangat menarik....