18 Mei, 2015

Latihan Bangun, Berdiri & Duduk - oklah tu!!!

Cerita pg tadi Isnin, 18 Jun 2015...pantang ada tempat dan kesempatan, pasti mak Ain akan buat terapi untuk Ain. Ini di depan kelas ppki...Ain buat latihan bangun, berdiri dan duduk....sempat buat sebelum Ain dibawa oleh ppm Azmi ke dewan di tingkat 1 utk perhimpunan pagi.......Untuk itu siapa kata kalau tiada peralatan rehab kita tak boleh buat fizio terapi. Tengok! Ain boleh pun buat terapi bangun, berdiri dan duduk di pembahagi besi tu...Pepatahpun ada kata, 'Hendak seribu daya, tak nak seribu daleh'. Heee....