31 Mei, 2015

Majlis Hari Lahir di KFC Kajang/Sg.Chua.

..Tanggal 26 Mei pertama kali menyambut hari lahir bersama kawan-kawan baru PPKI 18(1) di KFC Kajang vs Sg.Chua. Selepas rehat kami bergerak ke Kajang dengan menaiki bas. Ini juga merupakan aktiviti pertama Ain menyertai kawan-kawan dengan menaiki bas. Mak Ain juga turut serta......Cikgu-cikgu, PPM dan staff KFC sibuk membuat hiasan di tempat majlis dan menyiapkan jamuan. Sementara itu kami murid-murid melakukan beberapa aktiviti. Kawasan majlis penuh dengan belon yang pelbagai warna.......Ain juga mengambil kesempatan bermain belon bersama kak Tasya dan beberapa aktiviti/game.......Selepas Cikgu Fatimah selaku guru Penyelaras merangkap GPK PPKI 18(1) berucap kami pun mula menjamu selera dengan ayam KFC dan minuman yang telah ditempah khas oleh pihak PPKI. Disusuli majlis potong kek dan pemberian hadiah hari lahir......Selepas bergambar beramai-ramai kami pun berkemas-kemas untuk pulang. Terima kasih pada cikgu-cikgu dan PPM yang membantu mengangkat Ain naik dan turun dari tingkat atas KFC berkenaan....Ini adalah permandangan dari tingkat satu.......Sampai di sekolah Ain dan mak terus ke kereta dan beredar pulang ke rumah....Sungguh seronok aktiviti hari ini walaupun terasa penat....Nah! Tu dia orang kepenatan....hahaha..tidur dengan nyenyaknya sampai tak sempat tukar baju....