30 Jun, 2015

Video Sebelum Ain Demam/Tidak Sihat

...Video dirakam pada 8 Jun 2015. Ain duduk bersila dengan keadaan yang baik tanpa ada sokongan di belakangnya, Alhamdulillah....

27 Jun, 2015

Ain sudah beransur sihat walaupun ada saki baki batuk-batuk.

..Tanggal 23 Jun, Ain menjalani rawatan Hidroterapi air garam. Walaupun sudah beransur sihat namun Ain masih belum seaktif seperti sebelumnya...
____Cuba nak memanjat tangga kolam tapi tak berupaya lagi.....kesian dia__________
_________________.........Semoga Ain cepat sembuh sepenuhnya selepas 2 minggu cuti rehat, aamiin aamiin ya rabbal alamiin.....
....muka orang tak berapa sihat (Selepas mandi)

20 Jun, 2015

Alhamdulillah...Ain beransur sihat - Part 2

...Selepas keluar wad Ain berehat di rumah. Pagi esoknya Isnin 15 Jun kami membawa Ain mendapatkan rawatan alternatif di Homespa Therapy ice di Seksyen 11 Shah Alam. Kami telah membuat temujanji dengan doktor Rahim yang merupakan doktar yang sama merawat Ain pada tahun 2008 di CVTHQ seksyen 13 Shah Alam. Setelah didiagnos doktor memberi Ain formula NW9 (Fasa I) untuk rawatan tekak (throat), NW18 (Fasa I) untuk darah, NW20 (Fasa I) dan Energised Liquid Chlorophyll. Disamping meneruskan minuman Garam Booster dan pengguanaan Sejuta Wajah......Ain tidak dapat mandi kolam air garam dan mandi ais kerana Ain masih ada saki baki cirit birit. Usai rawatan kami terus ke Klang menghantar abang Ain balik asrama pekerja....Sekarang Ain sudah beransur sihat, tiada cirit birit lagi. Lidah yag penuh putih sudah berwarna merah dan Ain sudah berselera makan dan minum. Demam pun sudah tinggal dedo-dedo saja dan yang paling disyukuri ialah Ain sudah kembali ceria walaupun belum sepenuhnya...Ni disertakan video Ain sudah mahu menyanyi____________

19 Jun, 2015

Selepas Lebih 6 Tahun Tetiba Masuk Wad - 3 hari dua malam di PPUKM - Part 1

...Selepas kembali dari kampung pada hari Selasa 9 Jun Ain mula tidak sihat (demam). Sudah lama Ain tak demam macamni, badan panas, sakit tekak dan lidah putih. Malamnya mak bersama abang membawa Ain mendapatkan rawatan di Hospital Pakar AN-NUR di Bandar Baru Bangi. Ain diberi ubat demam, antibiotik, ubat Gatrointestinal dan Dehydrated. Ketika ini Ain sudah tidak mahu makan dan minum langung kerana sakit untuk menelan. Suhu badan Ain 39.5 darjah celces......Pada petang Rabu 10 Jun mak membawa Ain mendapatkan rawatan di Homespa tetapi memandangkan ramai pesakit Ain tidak dapat membuat rawatan mandian ais (HDA). Ain cuma dapat mandi kolam air garam saja tetapi kali ini Ain tidak aktif berenang seperti kebiasaannya kerana Ain sudah cukup tidak bertenaga lantaran sejak Isnin 8 Jun Ain sudah tidak berselera makan. Hari ini Dr Zainal yang bertugas dan Dr Zainal hanya mencadangkan Ain mengambil Formula NW 7 untuk demam dan NW 5...Melihatkan keadaan Ain yang tidak sihat abang tidak jadi balik ke asrama tempat kerja abang di Klang, sepatutnya hari tu kami menghantar abang balik ke asrama tempat kerjanya...Hari Khamis demam Ain masih tidak kebah malah badan Ain semakin panas. Keadaan itu membuatkan mak tak dapat tidur lena pada malamnya kerana memantau keadaan Ain. Menjelang jam 5 pagi Jumaat 12 Jun Ain mula muntah dan cirit. Lantas mak mengambil keputusan membawa Ain mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan PPUKM. Kami sampai dalam jam 6.30 pagi. Selepas maklumat diambil Ain dibawa masuk ke bilik rawatan kecemasan PPUKM......Beberapa kali tangan Ain dicucuk kanan dan kiri kerana jururawat sukar mendapatkan urat darah Ain. Naik lebam-lebam tangan Ain akibat suntikan. Doktor mengarahkan kakitangan wad kecemasan membawa Ain membuat x-ray bahagian abdomen kerana perut Ain kelihatan keras. Darah Ain diambil. Tengaharinya Doktor lain pula mengarahkan Ain membuat x-ray paru-paru dan urin Ain diambil. Ain juga mula dimasukkan air. Saat itu Ain mula cirit birit dan badan masih panas......Akhirnya Ain diarahkam masuk Wad 4A kerana demam, sakit tekak dan lapuran ujian darah menunjukkan ada jangkitan kuman dalam darah Ain. Ain di letakkan di katil 10. Masuk air diteruskan disamping suntikan ubat antibiotik dimulakan. Ain juga diberi makan ubat demam...semuanya mengikut penjadualan......Yang sangat tidak selesa ialah ain masih mengalami cerit beret yang semacam tidak berhenti sampai mak terpaksa membeli tisu basah kerana keletihan membawa Ain masuk keluar masuk bilik air untuk membersihkan Ain. Baru saja tukar pampers Ain dah membuang lagi...teruk betul keadaan Ain masa itu. Walau bagaimanapun kerana kesan ubat demam Ain dapat juga tidur walaupun sesekali tidur Ain terganggu kerana bunyi tangisan pesakit kanak-kanak yang ada beberapa orang di wad itu dan juga terganggu kerana jururawat suruh makan ubat demam......Sabtu 13 Jun iaitu hari kedua di wad keadaan Ain masih tiada perubahan positif. Demam masih ada...tekak masih merah dan bengkak, manakala lidah dipenuhi putih. Ain langung tak mahu makan atau minum. Makan bubur pun hanya ujung sudu dan minum air hanya boleh masuk 10ml. Bila mak nak bagi lagi bubur dan air Ain nak termuntah. Ain juga buat nakal memaling dan sorokkan muka. Tengaharinya abang datang melawat...baharulah Ain rasa riang sedikit. Abang melayan Ain sehinggalah petang. ...Tentu anda semua tertanya-tanya.."Mana ayah Ain?". Sebenarnya sudah seminggu ayah tiada di Malaysia. Ayah ada urusan ke Korea......Dalam jam 1 pagi Ahad 14 Jun ayah datang melawat Ain, di mana ayah baru sampai ke tanahair pada jam 10 malam. Ketika ayah sampai mak baru selesai membersihkan Ain akibat muntah dan cerit. Cadar katil Ain pun habis kena muntah dan diganti dengan cadar baru.......Selepas ayah beredar balik rumah Ain tidur lena hingga ke subuh. Pagi itu mak telah berbincang dengan doktor untuk discharge Ain kerana mak tak puas hati cara kes Ain ditangani apatah lagi bahagian belakang mak yang bermasalah akibat jatuh terduduk dahulu sakit kembali kerana menguruskan Ain masuk keluar masuk bilik air. Ayah juga bersetuju Ain dibawa keluar kerana mak dan ayah hendak membawa Ain membuat rawatan alternatif di Homespa tempat Ain selalu mandi air garam dan membuat rawatan urutan...Pada awalnya big bos doktor tidak membenarkan tetapi akhirnya mereka akur dengan kehendak kami dan ayah menandatangani surat keluar. Jam 5 petang Ain pun discharge dengan dibekalkan pelbagai ubat-ubatan...Ain sangat gembira dapat balik ke rumah Ain....Semoga Ain kembali sihat dan ceria seperti biasa, aamiin...________Di bawah ini dilampirkan video gelagat Ain semasa kehadiran ayah dan abang melawat Ain pada Ahad 14 Jun____________________________

Raikan Cinta - Kenduri abang saudara

...Khamis 4 Jun...Ain, mak, abang dan adik ecah balik kampung dengan kereta Viva mak sebab ayah tak dapat ikut balik. Ayah akan berangkat ke Korea pada 6 Jun. Minggu ni merupakan cuti minggu pertama persekolahan. Kami balik kampung kerana hendak jumpa opah disamping meraikan kenduri kahwin abang Azmizan iaitu anak kakak mak Ain......Majlis bermula Jumaat 5 Jun iaitu malam pernikahan abang Ijan dengan kak Sakinah di rumah pengantin perempuan. Esoknya 6 Jun kami berangkat menghantar mempelai ke Taman Perpaduan Tambun Ipoh. Sebelum itu Pak chu Azwan menjadi pak andam terjun bagi menyiapkan pengantin lelaki......Setiba di rumah pengantin perempuan kami terus ke singgahsana pelamin untuk upacaya persandingan abag Ijan......Kemudian kami beredar ke meja khas tetamu untuk menjamu selera...__________________________________________________________________________________Tanggal 7 Jun, seawal pagi Ain sekeluarga berangkat ke rumah kakak mak di Taman Bersatu Simpang Pulai untuk kenduri sebelah pengantin lelaki pula.......Ain di red carpet......Antara juadah yang disediakan untuk menjamu para tetamu, ada ayam golek weh!!!......Walaupun makanan sedap-sedap belaka tetapi Ain tidak berselera untuk makan. Ain hanya duduk santai di tempat menyambut tetamu......Ni gambar opah Ain dengan uci Ros. Uci adalah panggilan untuk opah saudara bagi orang mendailing sebab sebelah ayah mak Ain adalah keturunan mendailing Aceh dan Berastaji Indonesia. Opah Ain pula memang asal orang Perak(Malaysia).Opah Ain yang pakai tudung biru tu......Hari ini mak Ain dan keluarga yang lain sibuk sesangat menyambut dan melayan tetamu yang datang termasuklah sedara mara. Kawan-kawan sekolah mak pun ada yang datang. Mak cukup seronok menerima kunjungan kawan-kawan sekolahnya......Menjelang jam 6 petang kami balik semula ke rumah opah. Malamnya sekali lagi kami datang ke rumah kakak mak untuk meraikan acara potong kek dan membuka hadiah......emmm....jemput makan kek.

12 Jun, 2015

Sudah banyak kemajuan Ain...Alhamdulillah.

....Ain sudah stabil duduk bersila. Gambar pada 8 Jun 2015.......Aktiviti di rumah opah....