20 Jun, 2015

Alhamdulillah...Ain beransur sihat - Part 2

...Selepas keluar wad Ain berehat di rumah. Pagi esoknya Isnin 15 Jun kami membawa Ain mendapatkan rawatan alternatif di Homespa Therapy ice di Seksyen 11 Shah Alam. Kami telah membuat temujanji dengan doktor Rahim yang merupakan doktar yang sama merawat Ain pada tahun 2008 di CVTHQ seksyen 13 Shah Alam. Setelah didiagnos doktor memberi Ain formula NW9 (Fasa I) untuk rawatan tekak (throat), NW18 (Fasa I) untuk darah, NW20 (Fasa I) dan Energised Liquid Chlorophyll. Disamping meneruskan minuman Garam Booster dan pengguanaan Sejuta Wajah......Ain tidak dapat mandi kolam air garam dan mandi ais kerana Ain masih ada saki baki cirit birit. Usai rawatan kami terus ke Klang menghantar abang Ain balik asrama pekerja....Sekarang Ain sudah beransur sihat, tiada cirit birit lagi. Lidah yag penuh putih sudah berwarna merah dan Ain sudah berselera makan dan minum. Demam pun sudah tinggal dedo-dedo saja dan yang paling disyukuri ialah Ain sudah kembali ceria walaupun belum sepenuhnya...Ni disertakan video Ain sudah mahu menyanyi____________