26 Ogos, 2015

Gambar-Gambar Aktiviti Ain Di Sekolah....

_____Buat kad untuk ibu. Cantik kadnya..._________________
....Membuat topeng...hari ini santai sikit sebab murid ramai tak hadir, jadi usai rehat cikgu Zaimie mengajak mak join kelas seni sambil membantu Ain____________________________________....Ain diberi kesempatan pegang mesin jahit. Suka benor le dia tuu sampai lebar senyumnya_________________________________
....Ain membantu cikgu angkat pasu bunga untuk hiasan lanskap PPKI_______________________
...Ain memerhati kawan-kawan membuat persediaan untuk pertandingan keceriaan kelas sempena hari kebangsaan...
___________Gelagat Ain  semasa lagu Jalur Gemilang dikumandangkan.........Maaf, video tidak dapat dibetulkan kedudukannya.....

23 Ogos, 2015

Santai di Home Spa

...Pagi tadi 23 OGOS 2015 jam 10 pagi, saya membawa Ain mandi kolam air garam di Family Home Spa Ice Therapy di Seksyen 11 Shah Alam. Sesampai saja, kelihatan hanya ada seorang pelanggan yang sedang mandi di kolam. Dia hendak membuat rawatan mandian ais katanya dan hari ini merupakan hari ke dua beliau membuat rawatan di home spa ini. Peramah pula orangnya, macam-macam dia bertanya pasal Ain......Macam biasa Ain akan happy bila tiap kali berenang di swimming pool tapi hari ini Ain ada sikit malas......Saya sempat mengambil video Ain berenang sebelum memulakan beberapa terapi untuk Ain di dalam air itu_______________
___

22 Ogos, 2015

Hari Ke Dua Dan Ketiga Hippoterapi

Jumaat 14 Ogos 2015.....
.......Ain memulakan terapi dengan menunggang Julie yang satu-satunya kuda RDA yang masih ada......Kpl.Faiyzal cuba melatih Ain supaya berjalan dengan cara yang betul iaitu dengan mengangkat dan membengkokkan sedikit kaki bila hendak melangkah kerana Ain suka menyeret kaki kirinya bila berjalan..sudah puas kami melatihnya untuk berjalan dengan cara yang betul setiap kali fizio terapi Ain di Shah Alam..tapi Ain masih melangkah dengan cara dia......Mak Ain sedang memberi Julie makan caret... ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Jumaat 21 Ogos 2014, harini aktiviti RDA dihadiri Sek.Keb(L) Jalan Batu, Janna dan Ain. Aktiviti dibantu oleh dua orang staf MAFEC......Riding disudahi dengan aktiviti ini.......

12 Ogos, 2015

Jamuan Raya di Polo Club

..Isnin 10 Ogos 2015, Ain dan mak mengunjungi POLO CLUB Ampang untuk menghadiri Majlis Sambutan Raya. Ain tetamu awal yang sampai. Kali ini Ain tidak menemui kawan-kawan Ain selain rakan RDA dari Tasputra......Sementara menunggu tetamu jemputan lain sampai Ain diberi aktiviti mewarna......Juadah hari ini berupa satey selengkapnya, mee kari, kentang goreng, ais kacang dan makanan lain lagi......Sebelum tetamu memenuhi setiap meja sempat juga mak mengambil dua keping gambar sekitar Polo Club... ...Di sini Ain dapat berjumpa kak Aqilah dan kak Syuhada yang menjadi tetamu jemputan mewakili Smart Friends Consultant/Sunnah Berkuda......Selain itu, tentulah dapat duit raya..._____________

08 Ogos, 2015

Aktiviti RDA Selepas Lima Bulan Berlalu

Semalam Jumaat 7 Ogos 2015 kami memulakan semula aktiviti RDA. Seawal jam 8 pagi Ain bergerak keluar rumah menuju MAFEC. Ain adalah orang pertama tiba dengan diikuti Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan, Syafiq bersama ibubapanya dan akhir sekali Janna dengan mama dia. Seperti biasa kami akan riding bersama Julie sebab itulah seekor kuda untuk aktiviti RDA yang ada......Ain, Syafiq dan Janna sedang menunggu giliran untuk riding... ...Ain dan Janna, seronok dapat riding hari ini almaklumlah sudah lima bulan lebih kami tidak membuat aktiviti ini. Hari in kami buat aktiviti pemanasan walking dan ada trot sekejap. Alhamdulillah...skil riding masih ada cuma kena dibiasakan semula. Sebelum murid-murid SK.Bandar Tasik Selatan pulang kami sempat berpossing......Julie di belakang tu pun turut nak possing sama...In Sya Allah...Rabu minggu depan Ain, Janna dan Syafiq akan ada RDA Extra...TQVM RDA MAFEC