08 Ogos, 2015

Aktiviti RDA Selepas Lima Bulan Berlalu

Semalam Jumaat 7 Ogos 2015 kami memulakan semula aktiviti RDA. Seawal jam 8 pagi Ain bergerak keluar rumah menuju MAFEC. Ain adalah orang pertama tiba dengan diikuti Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan, Syafiq bersama ibubapanya dan akhir sekali Janna dengan mama dia. Seperti biasa kami akan riding bersama Julie sebab itulah seekor kuda untuk aktiviti RDA yang ada......Ain, Syafiq dan Janna sedang menunggu giliran untuk riding... ...Ain dan Janna, seronok dapat riding hari ini almaklumlah sudah lima bulan lebih kami tidak membuat aktiviti ini. Hari in kami buat aktiviti pemanasan walking dan ada trot sekejap. Alhamdulillah...skil riding masih ada cuma kena dibiasakan semula. Sebelum murid-murid SK.Bandar Tasik Selatan pulang kami sempat berpossing......Julie di belakang tu pun turut nak possing sama...In Sya Allah...Rabu minggu depan Ain, Janna dan Syafiq akan ada RDA Extra...TQVM RDA MAFEC

Tiada ulasan :