16 September, 2015

Hari Pertama Ain Berlatih

...14 September 2015, Seawal pagi kami anak beranak keluar rumah menuju BU3 Bandar Utama untuk sesi pertama training boccia Ain bersama 'Bocia Selangor'. Sampai suku perjalanan saya menoleh ke kerusi belakang kereta...."Ya Allah...kerusi roda Ain tak ada dalam kereta!!!"...dan teringat pula kereta sorong Ain juga tiada dalam bonet kereta. Aduh...terpaksalah saya patah balik ke rumah untuk mengambil kerusi roda Ain...Jam sudah menunjukkan jam 7.30 pagi. Mahu tidak mahu kenalah juga berpatah balik...Tiba di rumah, saya cepat-cepat memasukkan kerusi roda Ain ke dalam kereta dan bergerak semula.
     Jalan sesak dengan kereta menuju ke Puchong kerana ramai pemandu membuat U turn di traficlight Puncak Jalil, habis dua-dua lorong mereka pakai padahal tiada laluan U turn pun dekat situ. Oleh kerana itu kereta yang hendak terus terpaksa membuat lorong tambahan termasuklah saya. Dari situ saya menuju jalan LDP...selepas membayar tol RM1.60 sekali lagi saya terpaksa meredah jem yang agak teruk. Alhamdulillah...akhirnya jam 9.05 minit pagi saya sampai di Dewan Komuniti BU3 Bandar Utama. Maka bermulalah sesi latihan Ain...bersemangat betul dia......Hari ini saya memainkan peranan menjadi merangkap jurulatih baru yang tidak bertauliah...hahaha... Alhamdulillah, kedua-dua jurulatih sebenar memberi tunjuk ajar kepada kami dan pemain. Semakin hari semakin teruja dengan sukan ini. Sukan boccia ini dapat membantu kekuatan tangan Ain, fokus Ain dan juga mengasah minda Ain untuk berfikir...Ini adalah satu sukan yang turut membina jati diri OKU CP. Berilah ruang dan peluang untuk mereka mencuba bermain sukan boccia ini...Terima kasih BOCCIA SELANGOR...