27 September, 2015

Sambut Aidil Adha di rumah Opah

Tanggal Jumaat 25 September Ain sekeluarga menyambut Aidil Adha di rumah opah...Semua adik beradik mak Ain berkumpul di rumah opah. Kami masak rendang ayam dan nasi impit. Manakala pagi raya kami sempat bakar ayam belanda peliharaan pak tua Ain iaitu suami kakak mak Ain. Sementara lemang kami beli saja....Seperti biasa kami mengambil gambar kenangan bersama opah, keluarga acu dan pak su.....Gambar ni diambil di dalam rumah...ada opah dan adik baru kami adik Muhd Adib Syawal yang lahir pada raya ke dua raya aidil Fitri lepas..sudah besar adik Syawal tapi dalam gambar sudah menangis pula sebab mengantuk nak tidur.......Ain juga sempat bergambar dengan adik Rayyan yang tak tau duduk diam...ni kena peluk kuat-kuat adik Rayyan ni.....Yang ini gambar Ain sekeluarga......Ain sempat juga jalan-jalan ambil angin segar kampung di sekitar rumah opah...Manakala gambar di bawah ini pula adalah makanan tradisi orang Rawa yang di panggil Kelamai atau gelamai ianya satu resepi warisan nenek moyang yang selalunya menjadi juadah wajib bagi orang Rawa semasa perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha. Orang Rawa merupakan keturunan yang berasal dari Pagar Ruyung Indonesia. Mereka banyak terdapat di negeri Perak terutama di daerah Gopeng Perak. Kelamai ini diperbuat daripada pulut yang dikisar kasar menjadi tepung pulut dan ditambah ramuan gula kabung/gula merah, gula putih, tahi minyak dan kerisik yang kemudiannya adunan ini diperap sekurang-kurangnya tiga hari sebelum di masuk ke dalam buluh untuk dibakar seperti membakar lemang. Buluh kelamai bukanlah seperti buluh lemang. Buluh kelamai dari jenis buluh yang lebih besar, tebal dan mempunyai ruas pendek. Bahagian kulit hijaunya ditarah bagi menipiskan sedikit untuk memudahkan proses memasak dan memakan. Kelamai dibuka seperti membuang kulit tebu dan kelamai ini boleh disimpan untuk tempoh beberapa bulan. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya... ...Jam 5.30 petang Ain sekeluarga bergerak ke Batu Gajah iaitu rumah arwah atok Ain yang bersebelahan dengan rumah abang ayah Ain...