24 Oktober, 2015

Karnival Let's Play

...Sabtu 17 Oktober 2015, Ain bersama mak menyertai sukaneka anjuran IMC Training Centre for Special Needs yang berlangsung di Dewan D'Kelana, Kelana Jaya. Ain mewakili salah seorang dari 10 orang atlik MyCP. Dukacita nya hari ini Ain tidak berapa sihat, Ain demam. Badan Ain panas, justeru itu pagi itu mak sudah mandikan Ain dengan bilasan terakhir ais bercampur aroma QUANTUM. Sepatutnya hari ini juga Ain dijemput untuk membuat rakaman TV9 di pusat terapi yang Ain pergi di Shah Alam, namun Ain terpaksa tolak demi menunaikan janji untuk menyertai sukaneka ini bagi mewakili MyCP...Ain orang pertama sampai bersama beberapa orang OKU dari NGO lain... ...Demam-demam pun pasal nyanyi lupa demam...Ain Nyanyi bagai nak rak lagu Negaraku..hahaha......Sedang menunggu giliran untuk game masing-masing...-Game pertama Ain......Game ke dua Ain......Selepas menerima pingat, kami bergambar beramai-ramai sebelum bersurai...

21 Oktober, 2015

Walimatul Urus Kak Siti Zulaiha dan Siti Nurhaliza

...Ahad 11 Oktober 2015, Ain sekeluarga meraikan walimatul urus Kak Eha dan Liza. Mereka dua beradik ni anak kepada bapa saudara Ain iaitu Suhaimi bin Ahmad, adik kepada emak Ain. Kak Siti Zulaiha usianya sebaya abang Ain iaitu 22 tahun manakala Siti Nurhaliza usianya sebaya Ain..baru 18 tahun malah Ain tua 7 bulan dari Liza. Cepat jodoh Liza...semoga jodoh mereka ni berkekalan dalam bahagi, ameen...Kak Eha telah diijabkabulkan lebih awal dari Liza cuma kendurinya dilangsungkan sekali dengan Liza. Meriah kenduri mereka......Opah, mak tua, pak Su dan Syameel yang datang dari Perak dan Penang turut memeriahkan walimatul urus ini. Manakala mak Ain sudah turun padang membantu sejak hari Jumaat 9 Oktober lagi. Acik Siti dan pak Mie tak usah ceritalah sibuknya membuat persiapan agar majlis berjalan lancar. Macam-macam ada...ada ice cream.........Ada masmelo salut coklat yang di bawah jagaan abang Ain dan adik Zulkifli iaitu adik kepada kedua pengantin......Selain itu ada cupcake dan kek dari hasil tangan acik Siti......Tambah memeriahkan suasana bila ada DJ juga......Juadah yang dihidangkan semuanya sedap dan enak rasanya. Ramai tetamu yang hadir tapi Alhamdulillah...majlis tetap berjalan lancar dan teratur... Tidak ketinggalan turut hadir ialah atok sedara Ain iaitu Kol.(B) Zamberi bersama isteri dan dua orang anaknya. Tok Ri adalah adik kepada opah Ain sebelah mak Ain......Bila pengantin-pengantin lelaki sampai, acara bergambar di pelamin pun berlangsung......Selesai kenduri kami bergambar santai di ruang jamuan. Selepas itu sampailah masa untuk berkemas-kemas sebagai tanda walimatul urus sudah selesai...Alhamdulillah.......Kepada kawan-kawan MyCP, Ain maklumkan.....kerana majlis inilah mengapa dan kenapa Ain dan mak tidak ada di program MyCP's World CP Day, PICNIC IN THE PARK di Taman Tasik Shah Alam........
Kepada kedua pasang pengantin, Ain mendoakan Semoga kalian berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah, ameen...

20 Oktober, 2015

Karnival Sukan Integrasi OKU 2015

...Sabtu 10 Oktober 2015, Ain, abang dan mak Ain menyertai Aktiviti Boccia Selangor bagi acara demo sukan boccia di Pusat Sukan UPM. Seawal pagi kami sudah keluar rumah. Shahrul, Dale, Syafiq bersama ibubapa serta adiknya turut bersama. Turut bersama Encik Mus dan encik Vincent......Untuk acara pertama kami memulainya dengan acara berjalan beramai-ramai dari mini stadium Pusat Sukan UPM keluar ke pintu masuk ke stadium dan balik semula ke stadium.......Untuk jarak jalanan yang agak jauh maka sudah tentulah Ain, Dale, Shahrul dan Syafiq memerlukan pembantu untuk menolak kerusi roda kami. Justeri itu, Ain dibantu oleh mak Ain, Dale dibantu oleh ayahnya encik Vincent, Shahrul dibantu oleh abang Ain dan Syafiq dibantu oleh ayahnya encik Manab. Kami semua enjoi walaupun ada cabaran pada yang membantu kerana ada laluan yang berbukit.......Sebelum acara demo boccia bermula kami mengambil kesempatan berpossing. Ha ha ha...lihatlah gaya possing kami khasnya Dale dan Shahrul tu.......Dalam jam 11 pagi acara demo dimulakan dan Ain diberi kesempatan bermain untuk pusingan pertama bersama Dale dan Shahrul. Ini merupakan pendedahan di halayak ramai pertama Ain untuk sukan boccia ini...Ain baru beberapa hari je berlatih permainan boccia ni, masih tahap bertatih. Terima kasih kepada Boccia Selangor kerana memberi peluang ini buat Ain.......Sebelum acara demo bermula, emak dan abang Ain mengambil kesempatan mengabadikan beberapa keping gambar buat kenang-kenangan......Ni gambar tiga sekawan......Yang ini pula, tak tahulah diorang ni tengah berbincang apa. Rancak dan bersemangat nampak!!! Mereka sedang mengatur strategi kot???......
....Karnival juga turut dimeriahkan dengan persembahan Dikir Barat, tarian kuda kepang dan persembahan kerusi roda serta diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ). Ain berkesempatan bergambar dengan KJ......Acara kemuncak ialah cabutan nombor bertuah dan Alhamdulillah, Boccia Selangor memang bertuah hari ini kerana kami mendapat enam hadiah, di mana cabutan pertama dimiliki  oleh nombor Ain. Kemudian diikuti Shahrul, Mak Ain , abang Ain, Janna dan puan Rozita iaitu mak Syaffiq...