30 September, 2015

Melaksanakan Ibadah Korban Bersama Aktiviti SMDARY64 - Part 1

...Jumaat, 25 Oktober 2015 Ain sekeluarga daftar masuk ke D'Kebun Homestay yang terletak di Seri Iskandar Daerah Perak Tengah untuk melakukan ibadah korban anjuran 5 Series SMDARY64 iaitu aktiviti bekas pelajar sekolah ayah Ain iaitu Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaacob yang melibatkan pelajar yang lahir pada tahun 1964...Selepas pendaftaran kami masuk ke bilik kami yang bernama Syazana. Biliknya comel, dilengkapi dua buah katil queens size, sebuah peti ais, TV, seunit acond, ceret letrik beserta cawan dan piring serta sebuah bilik Ain.......Selepas minum petang, Ain bersama mak, abang dan adik berjalan-jalan melihat sekitar homestay yang ala-ala perkampungan. Menarik tempatnya......Haaa...cantikkan permandangan lanskap tempat ni. Siap ada ayam, arnab, burung, ikan, itik dan juga ada kucing...Selepas makan malam Ain tidur dengan lenanya. Esok kami perlu bangun pagi untuk melakukan ibadah korban di hari ke3 Aidil Adha.....

1 ulasan :

Asya Dahalan berkata...

Assalamualaikum Puan Ain..
Terhibur membaca tulisan puan dlm blog ini.
Terima kasih kerana sudi menulis & mengulas serba sedikit tentang homestay kami, D'Kebun Homestay Seri Iskandar.Jika boleh, izinkan kami share blog puan di laman sosial kami sebagai salah satu maklum balas penyewa di sini?