ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
14 Oktober, 2015
Training Boccia Lagi
...Selasa 13 Oktober 2015, Ain bersama mak ke Bandar Utama (BU3) untuk training boccia. Ain semakin bersemangat dengan latihan walaupun fokus ain dalam kondisi turun naik, tapi bila Ain fokus....lihatlah resultnya......Nampak kan! Ain ada potensi tapi pastinya Ain perlu banyak berlatih lagi untuk peningkatan yang lebih baik...In Sya Allah. Terima kasih kepada Boccia Selangor yang telah membuka ruang dan peluang buat Ain. Terima kasih kepada semua yang membantu Ain setiap kali Ain datang training boccia.