___________________________________
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
26 Februari, 2015
Aktiviti RDA terkini
...Rabu 25 Feb.2015, jam 9.15 pagi Ain menjalani terapi berkuda (hippoterapi). Alhamdulillah..hari ini ada member sekolah merangkap saudara mak Ain yang sudi datang membantu Ain untuk aktiviti terapi pagi ni. Kesian uncle Rohizat..penat berlari-lari anak bersama Julie dan Ain ridernya. Hari ini juga ada kak Aishah yang turut membantu...Terima kasih uncle dan kak Aishah. Terima kasih juga buat abang Faiyzal yang setia melatih Ain.......Di bawah ni Ain sertakan dua video______________
Buat Rawatan Di Family Homespa Ice Therapy
...Rabu 25 Feb.2015..Selepas terapi berkuda paginya, sebelah petangnya pula Ain ke Shah Alam untuk membuat rawatan susulan mandian air garam dan urutan.....Tapi hari ini Ain dimaklumkan oleh aunty Vee bahawa pada pertengahan Mac beliau akan meninggalkan Homespa untuk bekerja di spa anak saudaranya di Bangsar. Sedihnya rasa di hati ini sebab, nanti tiadalah orang yg akan mengurut dan merawat Ain lagi. Walau bagaimanapun kami terpaksa menghormati keputusan aunty...Mulai pertengahan Mac Ain kena belajar menerima ketiadaan aunty di Homespa. Sedihnyaaaa....Berkaitan rawatan Ain maka mak perlu merujuk semula dengan Prof NW...
.........
....InsyaAllah, Ain akan meneruskan mandian air garam tetapi untuk urutan hanya akan dibuat dirumah sahaja....Alhamdulillah, aunty Vee ada mengajar mak Ain sedikit sebanyak teknik mengurut Ain..Terima kasih banyak aunty Vee kerana sudah setahun lebih aunty merawat Ain...Semoga Allah membalas segala keikhlasan aunty merawat Ain selama ini...Terima kasih juga buat Dr.Atiqa yang turut bersama merawat Ain...Kepada Prof.NW...terima kasih yang tidak terhingga Ain sekeluarga ucapkan..segala budi baik akan tetap dikenang..semoga Allah SWT merahmati dan memberi ganjaran yang sebesar-besarnya kerana memberi kesempatan Ain dirawat dengan sebaiknya bermula Julai 2013 bersamaan Ramadhan yg penuh berkat...aamiin...
Label:
CVT@HOMESPA
22 Februari, 2015
Tazkirah
Video Tazkirah 1....__________________Video tazkirah 2...._____________________Tazkirah 3....___________________________Tazkirah 4.....
08 Februari, 2015
Langgan:
Catatan
(
Atom
)