30 Mac, 2015

Mini Malaysia Japan Festival - 17 Mac 2015 (Part 3)

Setiba di rumah... Ain , adik ecah dan kak Chisato possing gambar kenang-kenangan dengan kak Chisato di mana kak Chisato mengenakan pakaian tradisional Jepun iaitu kimono.......Pagi esoknya Selasa 17 Mac kami bersiap-siap untuk menghantar kak Chisato kepada pihak pengajur program keluarga angkat ini di Concorde Hotel Shah Alam..tetapi sebelum itu kami mengamil peluang bergambar di depan rumah. Kemudian kami bergerak dan singgah di Kinrara untuk bersarapan pagi Nasi dagang. Berselera kak Chisato makan nasi dagang dan pulut kepal.......usai sarapan kami terus ke Concorde Hotel Shah Alam. Di sana En Syed (Pengerusi Aleps) dan wakil dari Jepun sudah sedia menanti kami. Sebelum menyerahkan kembali Chisato..kami mengadakan sesi bergambar. Saat untuk berpisah kami bersalaman sesama kami...suasana agak sedikit emosi...Chisato menangis dan rasa sayu juga di hati. Mak Ain terus memeluk Chisato dan berjanji ada kesempatan kita akan berjumpa lagi kata mak kepada Chisato dalam bahasa Inggeris.......Tengok! Cantik kan kak Chisato memakai baju kurung...dah macam orang Melayu...Kini semuanya tinggal kenangan..kami akan berhubung dengan kak Chisato melalui whatsApp dan email... semoga kami bisa ketemu lagi, aamiin...Sayang kak Chisato Hayakawa....

Mini Malaysia Japan Festival - 16 Mac 2015 (Part 2)

...Sebelah malamnya Ain sekeluarga membawa kak Chisato Hayakawa mengunjungi kawan ayah Ain di bandar baru bangi kerana ada titipan arwah atok yang perlu kami sampaikan pada kawan ayah tu......pagi esoknya Isnin 16 Mac kami membawa kak Chisato jalan-jalan..mula-mula kami membawanya ke Putrajaya melawat Masjid besi, masjid Putra dan Alamanda.......Selepas itu kami melanjutkan aktiviti jalan-jalan kami ke seksyen 11 Shah Alam iaitu ke tempat Ain buat rawatan...Sengaja kami membawa kak Chisato ke sini, kami nak tunjukkan rawatan alternatif yang Ain buat......Sementara Ain mandi kolam ayah bersama adik membawa kak Chisato ke Plaza Massalam..kerana ayah nak hadiahkan sepasang baju kurung untuk kak Chisato....dema minum petang di sana......Sebelah malamnya pula kami membawa kak Chisato ronda-ronda malam di Twins tower (KLCC) dan Dataran Merdeka Kuala Lumpur......di dataran merdeka kami menghabiskan masa hingga jam 12 malam sambil bermain lastik-lastik berlampu...bukan main enjoi adik ecah dan kak Chisato bermain...ain, ayah dan mak pun turut bermain....

29 Mac, 2015

Mini Malaysia Japan Festival - 15 Mac 2015 (Part 1)

Ahad 15 Mac 2015 Ain, ayah dan mak menyertai 'MINI MALAYSIA JAPAN FESTIVAL' di Meru Klang anjuran bersama Alumni Look East Policy Society (ALEPS) dan Kedutaan Jepun Kuala Lumpur. Majlis bermula dalam jam 10 pagi dengan bacaan doa dan diikuti ucapan alu-aluan Pengerusi ALEPS dan tetamu VIP.......Kemudian kami bersarapan pagi berjuadahkan nasi lemak dan laksa serta makanan Jepun.......sambil makan kami dapat menyaksikan beberapa persembahan dan kesenian Jepun.......Ain berkesemptan bergambar dengan orang utama yang mengelolakan barang-barang keperluan OKU seperti kerusi roda, kereta sorong khas, splin dan lain-lain yang dikumpul di Jepun dan diedarkan ke Malaysia dan negara-negara lain.......Persembahan diteruskan hingga jam 2 petang dan diikuti pula dengan acara iaitu penyerahan kerusi roda kepada OKU.......Acara kemuncak ialah penyerahan anak angkat. Keluarga Ain telah bersetuju menerima seorang pelajar Sagami Women Undercity Jepun bernama Chisato Hayakawa...dan pelajar ini berada bersama keluarga angkat selama tiga hari dua malam.......persembahan penutup Ain juga turut serta...