28 Disember, 2016

CVT Malaysia - The Miracle of Ice (Home Spa Ice Therapy)

....Dokumentari hasil kerja NAMA Productions yg terdiri dari beberapa pelajar Uni.SEGI Kota Damansara dengan kerjasama pengasas Colour Vibration Therapy Prof. Dato, Seri Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab dan pihak Home Spa Ice Therapy________Sesiapa yang mahu mencuba rawatan alternatif ini bolehlah datang ke alamat...Home Spa Ice Therapy. No.28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor. No.Tel: 03-5512 0800.....ATAU lawat blog 'http ://www.profnorhisham.com.my/....._____________________________________________________________pautan, http://ain-kauyangteristimewa.blogspot.my/2016/12/dekomentari-pertama-ain-bersama-terapi.html

12 Disember, 2016

Charity Dinner 2016

...Ahad 11 Desember 2016, kami warga RDA menyertai majlis 'Charity Dinner 2016' di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Tetamu VVIP kami ialah Tengku Mahkota Pahang...Seawal jam 7 malam Ain dan mak serta kawan-kawan RDA Ain sudah sampai ke dewan berkenaan. Sementara menunggu Tengku Mahkota sampai kami bergambar dan menjamu selera dengan jamuan ringan di luar dewan......Hari ini di luar dewan dimeriahkan dengan poster-poster aktiviti terapi berkuda kami dan hampir 100% adalah gambar-gambar riders dari group hari Rabu...Ain, Adam, Arif, Janna......Agak lama juga kami menunggu ketibaan VVIP. Setelah tiba kami bergambar beramai-ramai di depan poster utama yang ada gambar Ain, Adam dan Arif......Jamuan makan bermula disertai majlis penyerahan sijil penghargaan kepada beberapa individu yang berperanan dalam menjayakan aktiviti RDA... ... Kemudian Ain bersiap sedia untuk naik ke pentas utama kerana...Ain telah diberi penghormatan untuk menyerahkan cenderahati kepada Tengku Mahkota Pahang...Bukan main seronok lagi Ain bila diangkat naik ke pentas utama..Alhamdulillah Ain dapat menyerahkan cendera hati dengan jayanya.......Jam 10 ++ majlis dinner selesai dan Ain sampai rumah dalam jam 11.30 malam.

11 Disember, 2016

Berenang Lagi

...Jumaat, 9 Disember 2016 Ain kembali mengunjungi Family Home Spa Ice Therapy di No.28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam untuk aktiviti hidroterapi air garam. Sudah beberapa minggu Ain tidak berkesempatan melakukan aktiviti ini atas faktor sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.........Bila dah jumpa kolam, apa lagi berenang sakanlah Ain.._________________________________________________________________________________
   ...Percubaan berenang tanpa bantuan pelampong lengan. Ain dapat melakukan keseimbangan badan untuk berenang secara terlentang tetapi untuk berenang secara normal..Ain masih belum mampu melakukannya lagi...sedikit bantuan pelampong di letakkan di pergelangan tangannya. Saya juga sedang cuba melatih Ain berdiri di dalam air tanpa bantuan pelampong dan saya...Ain mampu melakukanya dalam kiraan minima 4-6 kiraan. Percubaan ini akan diteruskan sehingga Ain boleh lakukanya dengan baik dan lebih baik lagi. Keyakinan positif perlu dipupuk dari masa kesemasa kepada Ain walaupun kadang-kadang saya dapat merasakan ada keadaan tertentu agak sukar untuk Ain melakukannya. Namun saya sentiasa twiss rasa negatif (tidak boleh) Ain itu kepada positif....

02 Disember, 2016

Dekomentari pertama Ain bersama Terapi Ais

...Rabu 30 November 2016 saya dan Nur Ain menyertai program 'Screning Day 2916' Uni.SEGI Kota Damansara. Tugasan pelajar Uni.SEGI bersama saya dan Ain berkaitan dekomentari terapi ais akan diadili. Dua hari kami shooting bagi menyiapkan dekomentari ini......Alhamdulillah, NAMA Production telah memenangi katagori 'Best Decomentari'. Ain dan saya dijemput naik ke pentas. Bukan main seronok lagi Ain. Bagai artis menerima kemenangan. Tahniah pada team NAMA Production...good job. Senyap sepi audotirium ketika sesi tayangan. Ada 9 dekomentara yang bertanding..dan dekomentari Terapi Ais menjadi pilihan juri..Alhamdulillah......TAHNIAH pada Doktor Atiqah sebagai producer dan team NAMA Production. Terima kasih kerana beri peluang Ain menjadi watak utama dalam dekomentari ini...