26 Mac, 2016

Latihan Boccia Bersama Msr Champ

...Rabu 23 Mac 2016, Ain berlatih berdua saja dengan Shahrul Pemain Boccia Selangor dan Malaysia. Hari ini kami melatih Ain mengikut peraturan permainan bersama pihak lawan......Masa rehat sempat juga berpossing heee.... _____________Video kenangan berlawan dengan Shahrul....
..........Ain menang satu perlawanan dengan mata yang kecil iaitu 2 mata sahaja. Ain merupakan pemain muda Persatuan Boccia Selangor...Pemain yang sangat memerlukan banyak latihan untuk permainan sukan boccia ini...
____________________Di bawah ini merupakan satu Video kelakar dengan gelagat pemain muda bernama Nur Ain Binti Abdul Malik.......
......Ain sudah penat fokus pun sudah tak ada..dia sudah blerr hahaha....
Untuk perlawanan ini kami membantu Ain dengan memberi arahan secara arahan mulut/bersuara tetapi untuk perlawanan sebenar semuanya secara arahan isyarat sahaja. Satu cabaran buat kami untuk melatih Ain ...disitulah usaha gigih dan kesabaran yang tinggi kami mesti ada.....

22 Mac, 2016

Hujan rahmat selepas lama kemarau

....video 1
--------------------------------video 2....

19 Mac, 2016

Sesi Latihan Boccia

...Selasa 15 Mac 2016 di SS26/2......dua point je tu Ain...usaha lagi......berehat sebentar. Makan roti je..lapor ni hahaha...___________________________________________Khamis 17 Mac 2016, Ain meneruskan sesi latihan boccia bersama Dale dan Shahrul..........Hari ini Ain banyak latihan menggunakan kerusi roda bermotor...Punyalah seronok jalan-jalan dengan kerusi rodanya...sampai suruh berlatih baling bola boccia pun Ain dah tak mahu sampai merajuk membawa diri ke tepi gelanggang.

15 Mac, 2016

Berlatih dengan Dale

....Selasa 15 April 2016 Ain berlatih dengan Dale mengikut peraturan perlawanan......Shahrul memerhatikan Ain dan Dale berlatih......ni saya menjahit bola yang terbuka jahitannya.

13 Mac, 2016

Sesi Terapi berkuda dan Sesi Terapi Pasir

...Rabu 9 Mac 2016, Ain bersama rider lain menjalani sesi terapi yang berlainan sedikit dari terapi berkuda sebelum ini. Hari ini uncle Muthu menyelitkan terapi pasir untuk Ain dan rider-rider lain...Susah juga untuk Ain dan kawan-kawannya untuk membuat pergerakan di pasir berkenaan......Tetapi, dengan bantuan ibu dan sukarelawan RDA Ain dan kawan-kawan dapat juga menyudahkan setiap aktiviti yang di arahkan uncle Muthu walaupun dengan susah payahnya...

07 Mac, 2016

Ain berenang lagi di Homespa

...Ahad 6 Mac 2016, sebelum masuk kolan air garam...possing dulu le....Macam-macam gaya ada ya, ikut suka hati Ain....

05 Mac, 2016

Gymkhana 2016 - RDA Malaysia

Jumaat, 4 Mac 2016 RDA Malaysia mengadakan Gymkhana untuk riders anak-anak istimewa termasuk Ain. Seawal pagi kami sudah berada di arena untuk menjalankan tugasan masing-masing. Saya dan mami Janna bertugas di dalam arena untuk menjaga peralatan permainan. Semua enjoy hari ini dari rider, parents hingga volunteer......Selesai acara, acara penyampaian riben diteruskan. Semua rider adalah pemenang......Sebelum menjamu selera kami bergambar kenangan beramai-ramai...

01 Mac, 2016

Latihan Boccia

...Isnin 29 Februari 2016, Ain memulakan sesi latihan boccia untuk tahun 2016 tetapi kali ini di gelanggang baru di SS26 Petaling Jaya......Hari ini Ain hanya berlatih bersama dua pemain boccia Selangor/Malaysia yang berpotensi iaitu Shahrul (BC1) dan Deal (BC2)......Abang-abang dua orang ni tengah bincang apalah agaknya...Ain hanya memerhati......video pendek, Ain macam main-main je tu...
____________________________Sehari sebelum latihan kami cuba mencari lokasi gelanggang baru......Selepas itu kami menjamu selera makan nasi arab di restoren ini......Kami makan nasi arab dan kebab...