30 April, 2016

Terapi berenang di Homespa Ice therapy

..Jumaat 29 April 2016, sekali lagi saya membawa Ain untuk aktiviti berenang. Seronok sungguh Ain kerana sudah 2 minggu tidak berenang. Hari ni doktor Rahim tak ada..beliau bercuti tapi kami dapat jumpa doktor Zainal iaitu menantu Prof.NW pengasas dan pemilik pusat rawatan alternatif ni.......
video....Jom kita tengok betapa gembiranya Ain dapat berenang. Setiap sudut kolan dijelajahnya.... video..... video

Terapi Berkuda di RDA POLO CLUB Ampang

Rabu, 27 April sekali lagi Ain mengikuti terapi berkuda selepas seminggu berkampung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan untuk Kejohanan Boccia Sirket 1. Hari ini En.Muthu membuat aktiviti yang berlainan dari biasa. Mula-mula masih bergerak di dalam arena, kemudian kami bergerak ke luar arena iaitu sekitar kawasan Polo Club...Jom kita selusuri foto-foto aktiviti hari ini. Tu dia...Ain siap sedia memakai topi, menunggu giliran nak naik kuda.....Hari ini saya tidak mengiringi Ain......Selepas beberapa pergerakan di dalam arena...kami mula bergerak ke luar arena. Saya mengiringi Janna, manakala mummy Jannah jadi jurukamera. Happy sungguh kesemua rider dapat jalan-jalan dalam kawasan Polo Club...
Hari ini, Ain ada sedikit sentap kerana sering ditegur sebab tidak duduk dengan betul. Biasalah Ain...kalau terlampau ditegur dia akan sentap. Tapi biasanya lama-lama dia akan duduk dengan betul kerana Ain memang mampu buat......Ni foto Ain kena tegur...nampak ada tanda-tanda dah sentap tu...Jangan tak tau, Ain terasa hati tuu......Sebelum pulang Ain sempat possing lagi...______________Ni ada dua video pendek di dalam arena.....
video.......... video

23 April, 2016

Kejohanan Boccia Sirkit 1 - 18 hingga 21 April 2016

HARI KEEMPAT...KHAMIS, 21 APRIL 2016..Final dan majlis penyampaian hadiah.
Jam 5,30 pagi saya bangun...mandi dan bersiap-siap. Hari ini kami akan keluar dari dorm kerana ini adalah hari terakhir kami berkampung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan. Saya mengemas pakaian kami ke dalam bag. Selepas menunaikan solat subuh saya mengejutkan Ain dan menguruskannya. Setelah siap saya tinggalkan Ain dengan membiarkannya mendengar lagu dari corong hp. Saya turun ke ruang parking kereta menghantar bag pakaian dan barang-barang lain. Jam 7.10 pagi baru kami turun untuk sarapan pagi. Sebelum tu singgah dahulu di ruang berandar untuk menikmati pandangan pagi bandar Kuala Lumpur dari dorm untuk terakhir kalinya......Pagi ini Shahrul dan Dale, atlet Boccia Selangor akan berjuang untuk merebut pingat emas atau Perak dan pingat Gangsa untuk katagori BC1 dan BC2. Selepas sarapan kami terus ke gelanggang boccia......Ain, Farid dan Salleh setia memberi sokongan buat Dale dan Shahrul. Shahrul agak kurang sihat, selsema..kesian dia tapi perjuangan perlu diteruskan......Tapi dalam sibuk-sibuk untuk pertandingan akhir, sempat juga kami berposing-possing......Ini Ain bergambar bersama Atlet dari Labuan..adik Mohd Syukri......Dalam pertanndingan ni Dale memenangi tempat ke 3 manakala Shahrul kurang bernasib baik. Shahrul mendapat tempat kedua...Selesai perlawanan kami berkumpul untuk majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan penyerahan sijil penyertaan untuk kesemua peserta Sirkit 1...Sebelum tu semestinya possing......Shahrul menerima pingat perak untuk BC1........Dale menerima pingat gangsa untuk BC2.......
...Farid menerima pingat emas untuk BC4.......Encik Vencent pula mewakili Boccia Selangor untuk sijil penyertaan kepada semua pemain......Alhamdulillah, ada sijil penyertaan buat Ain dan pemain-pemain yang menyertai kojohanan boccia ini....Selesai penyampaian kami pun possing sakan lee........Selesai majlis kami beredar ke dewan makan untuk santapan tengahari sebelum pulang ke rumah masing-masing. Di dewan makan saya berbuat-bual dengan Salleh. Macam-macam yang Saleh tanya tentang Ain dan berbual-bual juga tentang diri Salleh sendiri. Saya jadi juru penasihat tidak rasmi hari ini. Seronok berbual-bual dengan insan-insan istimewa ini. Lama juga kami berbual-bual. Semoga kami berkesempatan untuk berkumpul semula di KEJOHANAN BOCCIA SIRKIT 2 nanti yang dijangkakan pada...17 - 23 September 2016, In Shaa Allah...Hampir waktu zohor saya dan Ain beredar meninggalkan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan......SELAMAT TINGGAL SATU KENANGAN TERINDAH BERSAMA KEJOHANAN BOCCIA SIRKIT 1. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih Boccia Selangor yang telah memberi peluang buat Ain menyertai kejohanan ini. Lepas ini Ain perlu banyak dan gigih berlatih lagi....Semoga semuanya dipermudahkan-Nya, aamiin...