22 April, 2016

Kejohanan Boccia Sirkit 1 - 18 hingga 21 April 2016 (Part 1)

HARI PERTAMA ISNIN, 18 APRIL 2016...
Buat pertama kalinya Nur Ain menyertai Kejohanan Boccia Sirkit 1 anjuran Majlis Sukan Negara di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan. Kami berkampung di situ selama 4 hari 3 malam. Terima kasih kepada pihak Persatuan Boccia Selangor kerana memberi peluang ini buat Ain yang masih terlalu baru dengan sukan Boccia ini.......Dalam jam 11 pagi saya dan Ain sampai. Kami terus ke bahagian pendaftaran masuk. Kami diberi dorm 301. Dale Adelric Teri tolong hantarkan kami hingga ke dorm...terima kasih Dale. Dale merupakan anak kepada encik Vencent Teri (setiausaha Persatuan Boccia Selangor) dan Dale merupakan pemain/atlet Boccia........Usai menghantar barang kami turun semula ke bhg. pendaftaran mengambil kelengkapan cadar, selimut dan sarung bantal...Kemudian saya menghantar Ain ke court boccia. Saya kembali semula ke kereta saya untuk mengambil beg pakaian dan barang-barang lain. Ketemu Janna dan maminya di situ. Saya menemani Janna dan maminya ke bhg.pendaftaran masuk. Selesai urusan daftar masuk, kami terus naik ke dorm untuk menghantar barang-barang. Selepas itu kami turun semula, saya bergegas pergi ke court boccia mengambil Ain  untuk makan tengahari di dewan makan.......Selesai makan kami kembali ke dorm untuk mengemas barang-barang dan katil.......Jam 2.30 petang kami turun dan berkumpul di gelanggang boccia untuk proses klasifikasi. Oleh kerana Ain sudah melalui proses klafikasi jadi kami cuma membuat latihan sahaja di situ......Jam 5 kami beredar untuk berehat dan mandi sambil menanti masuk waktu maghrib dan makan malam......Usai makan kami kembali semula ke dorm dan sempat ambil angin sambil menyaksikan pandangan malam di berandar bangunan asrama. Apa lagi possing le......Permandangan waktu Mahgrib......Selesai menunaikan solat mahgrib, saya tidurkan Ain terlebih dahulu...kemudian saya turun ke parking kereta untuk mengambil barang keperluan yang tertinggal di kereta. Terasa sunyi bersendirian di ruang parking. Saya cepat-cepat naik semula ke tingkat 3 (Dorm kami) dan sempat singah ke beranda ambil gambar permandangan selepas waktu Isyak......Saya tidur  dalam jam 11.30 malam selepas selesai solat Isyak. Esok cabaran akan bermula. Ain ada dua perlawanan yang akan dihadapi...Ain tidur dengan lena. saya pula yang lebih berdebar-debar. Bimbang sangat...takut Ain tak boleh bermain kerana itu adalah pengalaman pertama Ain....