23 April, 2016

Kejohanan Boccia Sirkit 1 - 18 hingga 21 April 2016 (Part 3)

HARI KETIGA...RABU, 20 APRIL 2016.
Seperti hari sebelumnya...jam 7 pagi saya dan Ain turun ke dewan makan untuk bersarapan pagi. Hari ini Ain lebih awal sampai dari kawan-kawan Boccia Selangor lain. Pagi ini debaran di jantung saya lebih kuat kerana hari ini adalah perlawan terakhir untuk Ain. Ain akan berlawan dengan pemain boccia Pulau Pinang, namanya Davendran A/L Velu berusia 20 tahun dan sudah pernah menyertai kejohanan boccia sebelum ini. Usai bersarapan kami semua bergerak ke gelanggang boccia...Sebelum perlawanan bermula Ain sempat memanaskan badannya dengan membaling-baling bola boccia untuk ambil mood. Hati saya berkata-kata, bolehkah Ain bermain dengan baik hari ini dan mampukah Ain meraih kemenangan??? Saya cukup sedar sejauh mana keupayaan Ain apatah lagi Ain kurang berlatih kerana faktor masa. Kami juga agak lewat melatih Ain corak permainan sebenar......Jam 9.30 pagi perlawanan dimulakan. Ain masih mendapat bola bewarna biru. ini bermakna Ain duduk di bahagian kanan. Ini satu cabaran kerana Ain menggunakan tangan kiri. Ada kemungkinan balingan Ain akan dekat dengan pihak lawannya. Fuhh! Semakin laju degup jantung saya..duk dak duk dak....Saya berdoa, semoga Ain dapat bermain dengan baik ........Alhamdulillah, Ain dapat melakukannya walaupun beberapa kali juga membuat kesilapan. Ain telah memenangi perlawanan ini dengan mata 8-4...Dengan kemenangan kecil ini saya berazam dan berkeyakinan..jika Ain mendapat lebih latihan dengan lebih tersusun, Ain pasti mampu melakukan dengan baik...In Shaa Allah....Dengan kemenangan ini Ain menduduki rank ke 3 bagi Group A..tetapi gagal ke pusingan seterusnya, tapi tidak mengapa. Ini merupakan percubaan pertama buat Ain. Ianya satu pendedahan yang sangat baik kerana saya dapat lihat Ain nampak teruja.......Petang nanti kami akan menyaksikan perlawanan separuh akhir Dale dan Shahrul....