19 Mei, 2016

Training Again.

...Khamis, 19 Mei 2016...jam 10 pagi saya dan Ain keluar rumah menuju destinasi SS24 untuk aktiviti latihan boccia Ain. Hari ini Ain berlatih sendirian tanpa ada Dale dan Shahrul. Tak ada juga en.Mus dan en.Vencent. Mereka semua berada di Kem Janda Baik. Oleh kerana kami berdua beranak je ...pintu pagar besi saya kunci demi untuk keselamatan kami. Hari ini Ain bersemangat berlatih. Ain mengikuti semua arahan dengan baik......Hari ini balingan bola Ain jarak yang jauh-jauh...ini bermakna Ain mampu membuat balingan yang jauh cumanya Ain perlu banyak latihan untuk fokus kepada jackball dan sentiasa fokus serta konsisten dengan jarak balingan......Bila dah berlatih bersunguh-sunguh, sudah tentulah Ain dahaga. Tengok tu, bukan main dahaganya dia...hahaha....Jam 1.20 tengahari Yusuf sampai bersama ibunya. Adalah kawan Ain berlatih... ___________________________________________________________________ini pula sekeping gambar semasa Ain Training pada Jumaat 13 Mei 2016...