25 Jun, 2016

Swimming

Sabtu 25 Jun 2016, Ain santai berenang di kolam air garam Home Spa Ice Theraphy...
video......................................... video................. video
.....

21 Jun, 2016

Terapi Berkuda

Selasa 21 Jun 2016......Rabu 23 Jun 2016, berkuda santai di luar arena. Bukan main seronok semua rider hari ini...

17 Jun, 2016

Tazkirah

video video video

11 Jun, 2016

Ain Hantar adik ke Penang

...Sabtu 4 Jun Ain sekeluarga balik ke kampung kerana 7 Jun adik Ain Nur Aisyah akan daftar masuk Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang......Kami menginap 2 malam di rumah pak Su di Bertam......Dua hari kami berbuka puasa di rumah pak Su. Opah juga menyertai kami menghantar adik.........Adik menguruskan proses pendaftaran masuk.......Sementara itu emak Ain mendengat tatlimat.......Kami sempat melihat Masjid Abdullah Fahim. Sempena nama tokoh ulama' yang terkenal suatu masa dahulu iaitu bapa kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Y.A.bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi. Berikut ialah sedikit riwayat ringkas mengenai Ulama tersohor ini......Sheikh Haji Abdullah Fahim dilahirkan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun 1870 di satu tempat tidak jauh dari Masjid al-Haram yang bernama Shuib Ali.Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Mekah dan menjadi guru agama di Masjid al-Haram.Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim pernah dilantik sebagai ahli lembaga Masjid al-Haram .Sewaktu berada di Mekah, Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik Islam dan antarabangsa.Beliau mempunyai kelulusan dalam lebih daripada 15 bidang ilmu Islam.Kemahiran utama Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah dalam bidang ilmu falak dan kesusasteraan Arab. Selain itu, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim juga memiliki semangat jihad yang tinggi dan pernah menyertai gerakan Islam di negara Arab untuk menentang penjajahan Yahudi, Inggeris, Perancis dan Amerika Syarikat. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis Melayu yang pernah tinggal di Mekah. Hasil perkongsian hidup itu, beliau dianugerahi dua cahaya mata iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad yang kemudiannya dikenali di Malaysia dengan nama Ahmad Badawi. Pada tahun 1925, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim kembali semula ke kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Sekembalinya beliau meneruskan usaha untuk mengajar agama kepada pelajar tempatan di anjung rumah pusaka dan meneruskan semula kuliah agamanya di Masjid Kepala Batas sementara menunggu siapnya sekolah agama yang baru didirikan dan dikenali sebagai Daeratul Maarif al-Wataniah (DMW). Beliau meninggal dunia pada 27 April 1961 ketika usia 90 tahun...Inilah Masid yang dinamakan sempena nama beliau.......Maklumat dari sumber...http://masjidabdullahfahim.blogspot.my/2012/09/sheikh-abdullah-fahim.html

04 Jun, 2016

Training Boccia

...Jumaat 3 Jun 2016...