10 Julai, 2016

Aidil Fitri di Rumah Opah - 5 Julai & 6 Julai 2016

...Tahun ini Ain sekeluarga beraya di rumah opah. Seronok dan meriah sebab adik beradik, ipar duai dan anak-anak sedara serta cucu sedara emak Ain berkumpul di rumah opah. Kami bergotong royong membuat persiapan menyediakan juadah raya iaitu lemang dan rendang tok. Pak mie mengambil tugas membakar lemang...manakala ayah pula sibuk mengecat bilik. Emak dan adik-adik ipar sibuk menyiapkan rendang tok...Ain pula sibuk tolong tengok je hahaha......Berbuka puasa terakhir Ramadhan kali ni kami makan juadah raya dan beberapa juadah yg dimasak petangnya......Raya pertama Rabu 6 Julai 2016 kami bergambar kenang-kenangan......Ini gambar Ain sekeluarga dan juga bersama opah. Ini pula gambar emak bersama Pak mie dan pak Su..kedua-duanya adik emak. Masa ini  mak tua dan acu tak balik lagi. Acu sekeluarga beraya di rumah mertuanya di Johol Negeri Sembilan.......Ini pula gambar kami bersama kaum kerabat keluarga mak......Raya ke dua Khamis 7 Julai 2016 kami beraya di rumah Mak tua, rumah kawan mak dan rumah Tok Ri di desa Perwira.......ini pula gambar kaum kerabat dan sahabat mak yang datang berkunjung.......Tahun ini Ain dapat duit raya RM624. Alhamdulillah...Semoga Allah merahmati dan meluaskan rezeki kepada mereka yang memberi duit raya pada Ain...aamiin...