02 November, 2016

Dive With Mr. Jim Elliott at Bukit Kiara Equestrian Club Swimming Pool

Firstly see this video...Saya sangat teruja menonton video ini. Very interesting...
_______Sabtu 29 Oktober 2016, seawal pagi saya memandu kereta bersama Nur Ain menuju Bukit Kiara Equestrian Club Swimming Pool. Alhamdulillah.. Ain telah diundang oleh tuan Haji Syed Abd Rahman (The Founder/Director of Kids Scuba - PADI) untuk menyelam bersama Mr Jim Elliott (President and Founder of Dive Heart from US). Dijangkakan program akan bermula jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan saya berfikir, 'mampukah Ain melakukan aktiviti mencabar kemampuannya ini?' Perbagai persoalan bermain di benak hati saya. Namun keyakinan pada semangat positif Ain selama ini, membuatkan saya yakin Ain mampu melakukan aktiviti ini. Now...mari kita lihat kemampuan dan semangat positif Ain menerusi gambar-gambar dan video berikut...Biarlah gambar dan video yang menceritakannya.......Saya tidak tahu apa yang difikirkan Ain ketika ini. Kelihatan Ain sedikit muram pada awalnya....Tuan Haji Syed telah memberi penerangan ringkas akan aktiviti yang akan kami lakukan dan disusuli sesi penerangan dari Mr. Jim Elliott...Ain kelihatan benar-benar teruja.......Sebelum memulakan aktiviti DIVE kami membuat sesi bergambar beramai-ramai....______Bersiap sedia untuk DIVE. Ain memakai alat khas iaitu 'a full face mask'. Saya tidak tahu di mana datangnya keberanian Ain memakai alat ini kerana Ain paling takut memakai topeng mahupun swim google, tapi Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar dan Ain memberi kerjasama yang di luar dugaan saya.......Now we DIVE together..._______________________
__________...Syukur Alhamdulillah...Nur Ain mampu melakukan aktiviti ini dengan baik dan Ain sangat teruja. Bila ditanya, 'Best tak menyelam?'..Ain kata best. Ditanya , 'Nak menyelam lagi? Ain kata nak. ....Aktiviti diakhiri dengan berpossing......Akhirnya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Syed Abd.Rahman dan Mr. Jim Elliott serta semua yang terlibat membantu Ain sehingga aktiviti DIVE ini berjalan dengan lancarnya. TQVM DIVE HEART.