12 Disember, 2016

Charity Dinner 2016

...Ahad 11 Desember 2016, kami warga RDA menyertai majlis 'Charity Dinner 2016' di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Tetamu VVIP kami ialah Tengku Mahkota Pahang...Seawal jam 7 malam Ain dan mak serta kawan-kawan RDA Ain sudah sampai ke dewan berkenaan. Sementara menunggu Tengku Mahkota sampai kami bergambar dan menjamu selera dengan jamuan ringan di luar dewan......Hari ini di luar dewan dimeriahkan dengan poster-poster aktiviti terapi berkuda kami dan hampir 100% adalah gambar-gambar riders dari group hari Rabu...Ain, Adam, Arif, Janna......Agak lama juga kami menunggu ketibaan VVIP. Setelah tiba kami bergambar beramai-ramai di depan poster utama yang ada gambar Ain, Adam dan Arif......Jamuan makan bermula disertai majlis penyerahan sijil penghargaan kepada beberapa individu yang berperanan dalam menjayakan aktiviti RDA... ... Kemudian Ain bersiap sedia untuk naik ke pentas utama kerana...Ain telah diberi penghormatan untuk menyerahkan cenderahati kepada Tengku Mahkota Pahang...Bukan main seronok lagi Ain bila diangkat naik ke pentas utama..Alhamdulillah Ain dapat menyerahkan cendera hati dengan jayanya.......Jam 10 ++ majlis dinner selesai dan Ain sampai rumah dalam jam 11.30 malam.