31 Mei, 2016

Terapi Berkuda

Foto yg sangat comel...Rabu 4 Mei 2016......Khamis 12 Mei 2016......Selasa 31 Mei 2016......Foto Eksklusif...Kasih seorang kakak yang sama-sama anak istimewa...

23 Mei, 2016

Training Lagi Weh!!!


....Isnin 23 Mei 2016, saya membawa Ain menjalani latihan boccia. Hari ni ada Dale dan Yusuf. Yusuf datang sebaik saja Dale balik......Di sini saya titipkan video pendek Ain sedang berlatih. Masa ni Ain sudah agak penat tapi masih bersemangat........................................................
...........

21 Mei, 2016

Sambutan Ulangtahun kelahiran Murid PPKI SMKPP 18(1)

...Jumaat 20 Mei 2016, majlis peringkat pertama sambutan Birthday murid di buat di sekolah. Semua pelajar yang lahir dari bulan Januari hingga bulan Jun di raikan...

19 Mei, 2016

Training Again.

...Khamis, 19 Mei 2016...jam 10 pagi saya dan Ain keluar rumah menuju destinasi SS24 untuk aktiviti latihan boccia Ain. Hari ini Ain berlatih sendirian tanpa ada Dale dan Shahrul. Tak ada juga en.Mus dan en.Vencent. Mereka semua berada di Kem Janda Baik. Oleh kerana kami berdua beranak je ...pintu pagar besi saya kunci demi untuk keselamatan kami. Hari ini Ain bersemangat berlatih. Ain mengikuti semua arahan dengan baik......Hari ini balingan bola Ain jarak yang jauh-jauh...ini bermakna Ain mampu membuat balingan yang jauh cumanya Ain perlu banyak latihan untuk fokus kepada jackball dan sentiasa fokus serta konsisten dengan jarak balingan......Bila dah berlatih bersunguh-sunguh, sudah tentulah Ain dahaga. Tengok tu, bukan main dahaganya dia...hahaha....Jam 1.20 tengahari Yusuf sampai bersama ibunya. Adalah kawan Ain berlatih... ___________________________________________________________________ini pula sekeping gambar semasa Ain Training pada Jumaat 13 Mei 2016...

18 Mei, 2016

Gymkhana 2

...Rabu 18 Mei 2016 RDA Ampang Polo Club mengadakan Pertandingan Gymkhana untuk kali kedua. Kali ini rider mendapat hadiah gudy bag.......Usai itu kami masuk ke office RDA untuk menjamu selera...