26 Julai, 2016

Training Boccia selepas bercuti lebih sebulan

Petang Isnin 25 Julai 2016, saya membawa Nur Ain (FB : Ain Ramadhania) menjalani latihan boccia di gelanggang kami di PJ. Harini ada ramai pemain Boccia Selangor yang turun training. Ada Dale, Farid, Saleh, Shahrul dan Yusuff. Ain seorang je pemain perempuan yang datang berlatih...Janna sekolah. Biasalah si Ain ni bila dah ramai mulalah dia main-main...tidak fokus, asyik memerhatikan orang je, ketawa menyakat orang......Untuk melatih Ain bukanlah satu kerja yang mudah. Fokusnya suka lari-lari. Kadang dia bermain dengan baik, kadang entah apa-apa bermainnya. Kena saborrrr jelaaaaa.......Bila dah berkumpul macam ni pastinyalah kami berbual santai sambil berehat, menyakat sudahlah tentu. DEngan mereka ni sudah mesra belaka, bagai keluarga dan sememangnya kami ni keluarga besar Persatuan Boccia Selangor.................................................................Sedikit video Ain sedang berlatih....
...........................................................................................Ain ni pantang dipuji...bila dipuji mulalah main tak betul.....ajenya si Ain ni....

24 Julai, 2016

Tautan Kasih Aidil Fitri SMKPP 18(1) 2016

...Jumaat  22 Julai 2016, pertama kali Nur Ain menyertai jamuan raya sekolah....
...Antara juadah yang disediakan oleh pihak sekolah ialah satey...Ada nasi goreng kampung, biskut-biskut raya, pizza dan lain-lain lagi......sedapnya ice-cream Ain tuu........Ain nampak sangat gembira bila bab possing-possing. Jom kita tengok gelagat Ain dan kawan-kawannya berpossing...cikgu-cikgupun tak kurang juga berpossingnya. Semua bergembira di hari raya..........Sempat juga saya mengambil gambar curi ni dengan kerjasama pelajar..........di sini saya titipkan video hasil kreatif cikgu PPKI...............
.

15 Julai, 2016

Terapi berkuda - 13 Julai 2016

...Rabu 13 Julai 2016 kami memulai RDA selepas seminggu cuti raya. Bukan main bersemangat semuanya. Meskipun masih ramai sukarelawan yang masih bercuti, aktiviti masih mampu kami teruskan......Ain menunggu giliran dengan penuh sabar......Memerhati posisi duduk Ain dari pandangan belakang...Alhamdulillah, nampat Ain duduk dengan baik..._______________________________________Video pendek yang sempat saya ambil____________________________
......

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...