31 Ogos, 2016

Belanja satu bab dari ' Ain - Kau Yang Teristimewa'

Ain Kau Yang Teristimewa (Kehidupan ini bagaikan warna warni pelangi) Email : karyaku64@gmail.com

........ BAB 1 – Kelahiran yang dinanti.

      Petang itu saya mula berasa sakit-sakitan. Setiap dua minit, dua minit sakit itu datang tetapi tiada tanda-tanda menunjukkan yang saya hendak melahirkan. Usia kandungan saya sudah memasuki 38 minggu. Saya cuba menahan kesakitan itu dengan membuat kerja-kerja rumah sambil melayan anak sulung saya yang kami namakan Abdul Rahman. Ketika itu usianya baru empat tahun. Jam 5 petang saya membawa Abdul Rahman ke Pasar Mini yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari rumah saya. Masa itu saya tinggal di Taman Koperasi Cuepecs Batu 11 Kajang. Setelah membeli barangan keperluan saya berdua beranak berjalan pulang.

     Selepas memandikan dan menyiapkan abdul Rahman....saya ke dapur untuk menyiapkan makanan malam. Usai memasak saya duduk santai di ruang tamu. Saya perhatikan jam di dinding sudah menunjukkan jam 6.45 petang. 

     Mengapa abang tak sampai lagi, agaknya jalan jem teruk hari ini. Saya berkata-kata sendirian.

     Saya termenung sambil memerhatikan Abdul Rahman bermain dengan barang-barang permainannya. Sakit di perut masih terasa. Jam 7.30 malam suami saya pulang dari bekerja. Beliau bekerja di MIMOS yang ketika itu berpejabat di Damansara. Selepas suami selesai membersihkan diri dan menunaikan solat magrib, saya pun memaklumkan kepadanya akan kesakitan yang sedang dirasakan.

 “Sakit sangat ke?”, Tanya suami saya. 
 Saya mengangguk.

 “Nak abang bawakan ke hospital ke?”, sambung suami saya. 

“Nanti dululah bang, sebab tadi masa Ana telefon kak Zah, kak Zah kata….kalau belum ada tanda seperti air atau darah keluar , jangan pergi hospital dulu..takut nanti lama sangat menunggu.”, Jawab saya. 

       Kak Zah ialah kakak sulung saya, dia bekerja sebagai Jururawat terlatih dan bertugas di Hospital Besar Ipoh yang kini diberi nama Hospital Permaisuri Bainun. 

      Menjelang jam 8.30 malam saya sudah tidak dapat lagi menahan kesakitan itu. Sakitnya semakin kuat dan kerap. Saya meminta suami menghantarkan saya ke Hospital. Saya mengambil barangan keperluan saya dan bakal bayi yang dilahirkan. Barang-barang itu telah disiapkan ketika usia kandungan saya memasuki 9 bulan. 

      Jam 9 malam..kami tiga beranak pun berangkat ke hospital. Tiba di hospital saya di bawa ke bilik pemeriksaan. Setelah diperiksa, doktor memaklumkan pintu rahim saya belum terbuka lagi. Kemudian saya diserahkan kepada seorang jururawat. Jururawat membawa saya ke bilik lain. Di sini alat untuk memeriksa bayi dalam kandungan diletakkan ke perut saya…. 

 Setelah beberapa ketika, Jururawat bertanya…. 
“Puan, anak gerak tak?” 

“Saya tak boleh rasa Nurse sebab saya rasa sakit saja.”, jawab saya 

 Jururawat terdiam dan kemudian membawa saya ke katil wad bersalin. Dia menyuruh saya berehat dan cuba tidur. Jururawat itupun berlalu pergi kerana shif bekerjanya sudah tamat. 

     Sepanjang malam itu saya tidak dapat melelapkan mata kerana setiap dua minit saya berasa sakit yang teramat sangat. Walaupun sudah beranak satu tetapi saya tidak ada pengalaman sakit hendak bersalin. Ini disebabkan semasa melahirkan anak sulung, saya tidak sempat pun merasa sakit. Saya terpaksa bersalin secara pembedahan kerana bacaan tekanan darah saya tinggi dan tidak dapat dikawal lagi. Ketika itu usia kandungan saya baru mencecah 34 minggu. Justeru itulah saya tidak dapat membezakan samada sakit yang sedang dirasakan ini sakit biasa atau sakit hendak bersalin.

      Jam 12 tengah malam saya sudah tidak tertahan menanggung sakit. Saya gagahi berjalan menuju ke meja jururawat lalu mengadu, 

 “Nurse, saya tak dapat tidur. Setiap dua minit saya rasa sakit.” 

Jururawat bertanya,
 “Ada tanda-tanda air ke darah ke yang keluar?”.

 “Tak ada, sakit saja”, jawab saya 

“Kalau begitu belum nak bersalin lagilah. Lagipun tadi doktor bagitau pintu pun tak buka lagi. Puan baliklah ke katil, cuba tidur”, jelas jururawat tu. 

      Saya pun kembali ke katil semula dengan perasaan yang hampa. Aduan saya tidak diberi perhatian. Saya cuba melelapkan mata namun tidur saya tetap terganggu bila rasa sakit itu datang. Begitulah keadaan saya hingga menjelang pagi. 

      Paginya, usai membersihkan diri dan solat subuh, saya cuba melelapkan mata tapi hampa. Kesakitan itu mengganggu saya lagi. Bila Jururawat datang membuat pemeriksaan rondaan memaklumkan situasi saya.
 Ketika itu seorang doktor datang ke katil saya, lalu saya mengadu, 
 “Doktor, semalaman saya tak dapat tidur. Setiap dua minit saya rasa sakit.”

 “Ada bagitau Jururawat tak?”, tanya doktor. 

      Sambil menangis saya pun memaklumkan kepada doktor bahawa saya sudah memberitahu jururawat dan menjelaskan maklumbalas Jururawat berkenaan kepada aduan saya. Saya juga turut memaklumkan yang saya tidak dapat membezakan bayi dalam kandungan saya bergerak atau tidak, sebab apa yang dirasa ialah rasa sakit sangat. 

     Melihatkan saya menangis doktor memegang bahu saya lalu mengarahkan Jururawat membawa saya ke bilik bersalin kerana ketika itu Jururawat yang sedang memeriksa saya melapurkan kepada doktor itu bahawa dia tidak dapat merasakan bayi dalam kandungan saya bergerak. Bergegaslah mereka membawa saya ke Bilik Bersalin. Saya diberi ubat untuk membuang air besar. 

     Selepas itu atas arahan Doktor Pakar saya diperiksa oleh seorang doktor dan proses pemecahan tetuban dijalankan. Sakitnya bukan kepalang sepanjang usaha mereka agar saya dapat bersalin secara normal. Saya sangat berasa malu yang teramat sangat kerana yang melakukan proses itu ialah doktor lelaki, Dr. Syukri namanya. Dalam hati saya berkata-kata..alangkah bertuahnya jika doktor perempuan yang merawat saya. 

      Kemudian saya di tempatkan di katil bersalin. Namun dalam masa menunggu untuk proses bersalin secara normal, didapati graf jantung bayi saya semakin melemah. Doktor memaklumkan kepada saya bahawa saya terpaksa bersalin secara pembedahan sebab bayi dalam rahim sudah lemah. Saya diminta menandatangani sendiri borang kebenaran pembedahan berkenaan. Ini merupakan pembedahan kecemasan demi menyelamatkan nyawa bayi saya. Selepas semua urusan borang selesai, saya meminta jururawat tolong menelefon suami saya memaklumkan hal saya dan meminta suami segera datang ke hospital. Jam 10 pagi saya dibawa ke dewan bedah.

     Alhamdulillah…saya sempat menemui suami dan Abdul Rahman di pintu masuk dewan bedah. Selepas bercakap sebentar, saya pun dibawa masuk ke dewan bedah. Untuk proses pembedahan kali ini saya akan diberi bius separa sedar. Semasa bersalin anak sulung 4 tahun yang lalu saya terpaksa bersalin secara pembedahan tetapi ketika itu saya dibius untuk tidur terus. Lima minit kemudian, belakang saya disuntik ubat bius. Aduh sakitnya bukan kepalang namun saya tahankan jua. Beberapa saat kemudian saya sudah tidak dapat merasakan apa-apa lagi dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Doktor dan pasukannya memulakan tugas mereka…Saya hanya terbaring memerhatikan mereka tanpa dapat melihat apa yang sedang mereka lakukan kerana sebiji bantal besar yang lembut telah diletakkan di atas dada saya. 

      Masa berlalu…fikiran saya terawang-awang memikirkan bayi saya. Macam-macam yang saya fikirkan. Saya berdoa di dalam hati,
 “Ya Allah selamatkanlah anak aku. Permudahkanlah dan lancarkanlah segala-galanya..aamiin…” 

   Tatkala saya leka bermain dengan perasaan, tiba-tiba jururawat berkata,
 “Puan, bayi puan sudah dikeluarkan. Bayi perempuan, comel sangat tapi kami terpaksa membawa dia ke bilik khas. Sekarang Doktor tengah menyudahkan kerjanya…sabar ya puan.”
 Lembut saja suara Jururawat itu sambil menepuk lembut bahu saya. 

     Saya hanya memandang bayi saya dibawa pergi tanpa sempat menatap wajahnya. Tanggal 31 januari 1997 bersamaan Jumaat 22 Ramadhan 1417 lahirlah anak kedua saya yang kami namakan Nur Ain Binti Abdul Malik dengan berat 2.2 kg. Lebih 13 jam Nur Ain bertarung nyawa untuk hidup. 

     Syukur Alhamdulilah atas kurniaan bayi perempuan yang sangat comel. Namun ada kerisauan di hati saya sebab Nur Ain tidak menangis ketika dia dikeluarkan dari rahim saya. Saya berdoa di dalam hati agar Nur Ain tidak apa-apa. 

     Usai pembedahan, saya dibawa ke wad bersalin dan ditempatkan dikatil dekat dengan meja jururawat. Saya tidak dibenarkan memakai bantal kerana dibimbangi komplikasi bius tadi. Kata jururawat takut leher saya sakit. Ketika itu suami dan Abdul Rahman sudah sedia menunggu di katil. Saya berbual-bual sebentar dengan suami sambil memegang tangan anak sulung saya. Abdul Rahman mencium pipi saya berkali-kali sambil berkata

 “Mak..man dah ada adik tapi man belum dapat tengok adik lagi”. 
 Saya mengusap kepalanya sambil berkata, 

“Bila adik dah sihat, kita bawa adik balik rumah. Man sayang adik tak?”, tanya saya. 

 Abdul Rahman hanya mengangguk. Dia hendak baring di sebelah saya tetapi suami saya tidak membenarkannya.

 “Biarlah mak baring sorang-sorang. Mak masih sakit tu”
 katanya sambil menyuruh Abdul Rahman duduk di kerusi yang sedia ada di sebelah katil saya. 

     Setengah jam kemudian suami saya meminta hendak membawa Abdul Rahman pergi makan di kantin hospital sebab sejak pagi tadi mereka belum bersarapan kerana terburu-buru datang ke hospital. Saya mengangguk dan membiarkan mereka berdua beranak berlalu pergi. Sebelum pergi..Suami mengatakan mereka akan datang semula pada waktu melawat petang nanti. Saya merenung mereka pergi hingga ke pintu keluar wad. 

      Oleh kerana semalaman saya tidak dapat tidur, saya pun tertidur dengan lenanya. Saya terbaring dan tidur tanpa memakai bantal. Lama juga saya tidurnya. Setelah terjaga saya mengalami sakit dileher..menoleh ke kanan sakit, menoleh ke kiripun sakit. Saya maklumkan kepada Jururawat yang bertugas lalu dia memberikan saya ubat Panadol. Saya pun menelan Panadol tu. Kemudian saya tertidur semula.

     Jam 4.30 petang suami dan anak sulung datang melawat. Saya meminta suami meletakkan air suam ke dalam bekas minuman untuk saya jadikan alat buat menuam leher saya yang sakit. Bila dituam terasa lega sebentar namun sakitnya masih ada. 

     Suami meninggalkan Abdul Rahman dengan saya dan berlalu sebentar untuk melihat bayi kami di NICU. Agak lama juga dia pergi. Sekembalinya ke wad, saya tanyakan hal anak kami. Suami memaklumkan yang anak kami masih di dalam incurbator dengan segala kelengkapan alat oksigen. Saya meminta nak tengok anak tetapi suami kata rehatlah dulu dah kuat nanti baru pergi tengok. Saya pun akur. 

      Usai waktu melawat suami dan Abdul Rahman memohon diri. Suami berjanji akan datang lagi tengahari esok. Saya berpesan supaya khabarkan hal saya kepada emak dan adik beradik di Perak. Suami hanya membalas dengan anggukan sahaja. 

      Malamnya sebelum tidur Jururawat memberikan saya Panadol sambil berpesan,
 “Kalau esok leher puan masih sakit, bagitau doktor pakar ya.” 
Saya mengangguk tanda faham. 

     Malam itu saya tidur dengan lenanya tanpa memakai bantal kerana leher saya masih sakit. Di dalam tidur saya bermimpi bertemu seorang puteri kecil yang sangat comel di sebuah taman yang sangat cantik. Pakaiannya sangat cantik dari kain sutera berwarna putih bersih. Puteri itu dikelilingi dayang-dayang yang kesemuanya berpakaian serba putih juga. 
Dayang-dayang itu kelihatan seperti pari-pari dalam cerita dogengan. Puteri itu tersenyum memandang saya sambil menghulurkan tangannya. 
Saya cuba mencapai tangan mulus itu…tiba-tiba bahu saya digoyang seseorang. Saya tersentak lalu terjaga. Rupa-rupanya Jururawat datang untuk memeriksa saya. Bila jururawat berlalu, fikiran saya mula menerawang mengingati mimpi tadi. Apakah pertandanya bisik hati saya. Namun bila mengenangkan wajah comel puteri itu saya hanya tersenyum penuh makna.......

  

Training - Video dan Gambar

....Latihan pada Jumaat 26 Ogos 2016, Ain training sorang-sorang. Balingan dibuat diposisi tengah......... ....Untuk memantapkan pemainan Ain ...Saya juga melatih Ain untuk membuat balingan di posisi kiri dan kanannya. Balingan Ain bertambah baik..Alhamdulillah, cuma sekarang perlu melatih dia supaya sentiasa fokus pada balingan setiap kali bermain..no main-main......________________Sabtu 27 Ogos 2016, Ain berlatih bersama pemain baru bernama Hakim.... 



24 Ogos, 2016

Senyum seorang SPECIAL RIDER

...Terapi berkuda Rabu, 17 Ogos 2016. Ain menunggang Doe Doe.......Terapi berkuda Rabu, 24 Ogos 2016...Ain Menunggang Purdita. Dibantu oleh Nad dan Mr. Terrence yang berasal dari Sri Lanka....

21 Ogos, 2016

Berenang Di HomeSpa Ice Therapy

..Ahad 21 Ogos 2016, Ain kembali membuat aktiviti terapi berenang di kolam yang berair garam setelah bercuti beberapa minggu kerana menumpukan perhatian pada kejohanan boccia terbuka Selangor pada 13 Ogos hingga 14 Ogos 2016......Biasalah kan..mesti ada sesi possing-possing_____________________di bawah ini ada lima klip video Ain sedang berenang. Alhamdulillah, cara Ain berenang sudah ada perubahan. Kini Ain mampu menggerakkan kaki dan tangannya serentak semasa berenang. Jom saksikan Ain berenang dengan caranya yang tersendiri_________
____________________

15 Ogos, 2016

Kejohanan Boccia Terbuka Selangor - Piala Datuk Bandar MBPJ Edisi Pertama 2016

..Kejohanan Boccia Terbuka Selangor berlangsung selama dua hari iaitu Sabtu 13 Ogos - Ahad 14 Ogos di Dewan D'Kelana, Kelana Jaya, Pertaling Jaya.
Kejohanan ini disertai atlet dari Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Manakala Atlet dari luar negara datang dari Singapura dan Thailand. Kami di beri penginapan di Sun Inns Hotel yang terletak di Kelana Jaya. Kami daftar masuk pada petang Jumaat 12 Ogos......Jumaat 12 Ogos, Jam 1.30 tengahari Ain dan mak daftar masuk hotel dan kami mendapat bilik di tingkat dua. Kira-kira yang 3mpetang degralasi dari Singapura dan Thai tiba untuk daftar masuk hotel penginapan atlet...

_______________Esoknya Sabtu, 13 Ogos seawal jam 7 pagi kami bergerak ke dewan D'Kelana untuk memulakan kejohanan Boccia Terbuka Selangor. Para atlet dibawa ke dean dengan ven khas yg di sediakan oleh pihak MBPJ manakala Ain pula menggunakan kenderaan sendiri......Sebelum pertandingan dimulakan kami bersarapan pagi...saya sempat mengambil beberapa keping gambar......Ain dan mak juga mendapat tag nama masing-masing......Hari ini Ain bertanding untuk 3 perlawanan iaitu dengan atlet Singapura, Thailand dan Johor...Perlawanan pertama..
Nur Ain vs Jeralyn Tan (atlet S'pore).
Ain menang satu pusingan dari 4 pusingan utk satu game......Perlawanan ke 2 pula, Nur Ain vs Charoensak (Thailand).Ain kalah kesemua pusingan. Ini atlet sgt terrer ooo!! Ain pula byk memerhati pemain ni sbb pemain ini sgt susah utk membuat pembalingan tapi balingannya memang terbaik...tepat pd sasaran......Perlawanan ketiga, Nur Ain vs Kesara Rao (Johor). Ain menang pusingan ke dua dan pusingan ke 4 seri. Kemenangan buat Johor......Dalam acara berpasukan Malaysia Singapura dan Malaysia bertemu Thailand. Malaysia telah mendapat tempat ke dua , tewas dengan Thailand. Manakala Singapura di tempat ke 3...Sijil penyertaan Pemain...._______
___________________________________

Warna Warni di Kejohanan Boccia Terbuka Selangor - Piala Datuk Bandar MBPJ Edisi Pertama 2016

...Saleh, Ain, Shahrul dan Dale, empat orang pemain Boccia Selangor yang sering berlatih bersama.......Ini Yusuf, pemain BC3 Boccia Selangor........Gelagat Ain, ceria je dia bersama atlet-atlet lain......Ven membawa pergi dan balik atlet-atlet dari hotel penginapan ke gelanggang pertandingan di dewan D'Kelana. Tetapi Ain dan beberapa pemain boccia Selangor memilih untuk menaiki kenderaan sendiri. Tambahan pula kami ada tugasan sebagai tuan rumah bersama MBPJ.........Usai pertangdingan dan penyampaian hadiah, semua pemain, pengadil dan pertugas dihidangkan dengan jamuan minum petang...