27 November, 2016

Boccia Sirkit 3 : 20 Nov. - 26 Nov.2016

...Ahad, 20 November 2016 saya dan Ain mendaftar masuk ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur untuk pertandingan Boccia Sirkit 3. Kali ini kami dapat bilik asrama A204...

15 November, 2016

Karnival Sukan Paralimpik MBPJ - MPM Edisi Ke 6 2016

Tanggal 12 & 13 November 2016 Persatuan Boccia Selangor terlibat dengan Karnival Sukan Paralimpik MBPJ - MPM Edisi Ke 6 2016. Perbagai jenis sukan OKU dipertandingkan termasuk sukan Boccia. Gelanggang pertandingan berjalan di beberapa lokasi. Acara Boccia berlangsung di Dewan Komuniti BU 3 Bandar Utama. Pertandingan dibahagi kepada tiga katagori iaitu Campuran BC-1 dan BC-2 Senior, Campuran BC-2 dan BC-3 Junior dan BC-4. Ain termasuk dalam katagori BC-2 dan BC-3 Junior. Katagori BC-3 ini pemainnya bermain dengan menggunakan Rem...Seawal pagi Sabtu 12 November saya dan Ain bergerak ke BU3 Bandar Utama. Sebagai pengajur sukan Boccia, pagi itu kami menyiapkan beberapa persiapan untuk kelangsungan pertandingan. Masing-masing dengan tugas yang ditetapkan. Kami juga dibantu oleh beberapa pelajar dari kolej swasta......Dalam pertandingan ini Ain mendapat tempat ke tiga......Acara penyampaian hadiah berlangsung di Dewan Tenis di D'Kelana Kelana Jaya pada hari Ahad 13 November 2016)......Hadiah berupa Piala dan Duit......Selesai Karnival ini Boccia Selangor bersiap sedia untuk Pertandingan Boccia Sirkit 3 di Pusat Perkembangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur.

06 November, 2016

05 November, 2016

Latihan Boccia

...KHamis 27 & Jumaat 28 Oktober 2016......Ahad 30 & Isnin 31 Oktober......Selasa 1 November 2016...abang Saleh ambil gambar Ain...possing gitu...

Rakaman Rawatan alternatif oleh pelajar Uni.SEgi


Isnin 31 Oktober 2016, sekali lagi Ain shooting berkaitan rawatan alternatif CVT di Home Spa Ice Therapy yang dikendalikan Dr.Atiqa dan pelajar-pelajar universiti SEgi serta dibantu oleh kak Vee. Rakaman dibuat selama dua hari Isnin dan Selasa (Petang). Kali ini Saya tiada mengambil sebarang gambar...hanya rakaman video ini saja....

02 November, 2016

Dive With Mr. Jim Elliott at Bukit Kiara Equestrian Club Swimming Pool

Firstly see this video...Saya sangat teruja menonton video ini. Very interesting...
_______Sabtu 29 Oktober 2016, seawal pagi saya memandu kereta bersama Nur Ain menuju Bukit Kiara Equestrian Club Swimming Pool. Alhamdulillah.. Ain telah diundang oleh tuan Haji Syed Abd Rahman (The Founder/Director of Kids Scuba - PADI) untuk menyelam bersama Mr Jim Elliott (President and Founder of Dive Heart from US). Dijangkakan program akan bermula jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan saya berfikir, 'mampukah Ain melakukan aktiviti mencabar kemampuannya ini?' Perbagai persoalan bermain di benak hati saya. Namun keyakinan pada semangat positif Ain selama ini, membuatkan saya yakin Ain mampu melakukan aktiviti ini. Now...mari kita lihat kemampuan dan semangat positif Ain menerusi gambar-gambar dan video berikut...Biarlah gambar dan video yang menceritakannya.......Saya tidak tahu apa yang difikirkan Ain ketika ini. Kelihatan Ain sedikit muram pada awalnya....Tuan Haji Syed telah memberi penerangan ringkas akan aktiviti yang akan kami lakukan dan disusuli sesi penerangan dari Mr. Jim Elliott...Ain kelihatan benar-benar teruja.......Sebelum memulakan aktiviti DIVE kami membuat sesi bergambar beramai-ramai....______Bersiap sedia untuk DIVE. Ain memakai alat khas iaitu 'a full face mask'. Saya tidak tahu di mana datangnya keberanian Ain memakai alat ini kerana Ain paling takut memakai topeng mahupun swim google, tapi Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar dan Ain memberi kerjasama yang di luar dugaan saya.......Now we DIVE together..._______________________
__________...Syukur Alhamdulillah...Nur Ain mampu melakukan aktiviti ini dengan baik dan Ain sangat teruja. Bila ditanya, 'Best tak menyelam?'..Ain kata best. Ditanya , 'Nak menyelam lagi? Ain kata nak. ....Aktiviti diakhiri dengan berpossing......Akhirnya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Syed Abd.Rahman dan Mr. Jim Elliott serta semua yang terlibat membantu Ain sehingga aktiviti DIVE ini berjalan dengan lancarnya. TQVM DIVE HEART.