29 Disember, 2017

Visi ke Utara - Kenduri & Ziarah Adik Ain

Sabtu 23 Disember 2017, kami tiga beranak (saya, suami dan Ain) bergerak balik ke rumah kami di Bandar Universiti Seri Iskandar. Ada jemputan kenduri kahwin menanti kehadiran kami. Kenduri saudara sebelah ayah Ain di Parit Perak. Sebelum itu kami singgah dahulu ke rumah menghantar barang-barang dan berehat sebentar...
Ain di rumah kenduri
______Esoknya Ahad, 24 Disember 2017 kami bertolak ke utara Kedah Dan Penang......Melalui pekan Parit kami keluar ke Bandar Diraja Kuala Kangsar dan memasuki Lebuhraya PLUS......Kami singgah ke kenduri kahwin anak kawan ayah Ain di Yan Kedah. Di sini kami melewati  permandangan sawah padi yang menghijau...
..Jam 2.30 petang kami beredar menuju Pulau Pinang untuk menemui adik Ain di USM......Usai mengambil adik dari asrama kami terus mencari hotel penginapan di Bayan Lepas. Kami memilih Eastin Hotel......Apa yang menarik, bilik air hotel ini luas dan sangat mesra OKU......Permandangan dari bilik hotel......Kerana keletihan, malamnya kami cuma order makanan dari bilik sahaja...Pasta special, Murtabak, Kuey teow Special dan Nasi Numb Tongue-Malay-Style fried rice with chicken drumstick, prawn cracker, satay, fried egg and sambal...kesemuanya sedap-sedap belaka. Esoknya 25 Disember, selepas sarapan di hotel kami ronda-ronda di Queensbay Mall. Adik Ain membeli beberapa barang keperluannya.......Jam 12 tengahari kami pun check out......Usai menghantar adik ke asramanya, kami beredar meninggalkan Pulau Mutiara untuk pulang ke Selangor, home sweet home..Good bye Penang....