20 Februari, 2017

Kenangan Berkunjung ke Kelantan Bersama Visi - Part 1

Jumaat 17 Fenruari 2017 Ain, mak dan ayah bertolak ke Utara untuk mengambil adik Ain di Kepala Batas Penang. Kami singgah rehat dan sarapan di RTC Gopeng Perak......Kemudian kami terus ke Penang dan singgah untuk jumpa opah di Taman Bertam Perdana 3 iaitu rumah Pak Su Ain. Selepas selesai makan tengahari...kami bergerak ke Gerik Perak dan bermalam di sana sebelum berangkat ke Pasir Putih Kelantan......Sepanjang perjalanan kami dapat saksikan permandangan kehijauan yang sejuk mata memandang dengan udaranya yang segar......Sampai di pekan Gerik kami terus mencari tempat penginapan dan kami memilih Hotel Sri Temenggur. Malam ini kami bermalam di sini sebelum bergerak ke Pasir Putih Kelantan pada keesokan harinya........Sabtu 18 Februari kami bersarapan riti canai di pekan Gerik. Suasana pagi agak sepi kerana hari masih awal apatahlagi hari ini hari cuti......Selesai sarapan kami berrtolak menuju Kelantan.