20 Februari, 2017

Kenangan Berkunjung ke Kelantan Bersama Visi - Part 3

Ahad 19 Februari 2017...kami mendapat juadan Nasi Lemak dari pemilik homestay......Usai sarapan pagi kami bergerak ke rumah keluarga bakal kakak ipar Ain. Selepas selesai hal 'merisik' kami dijamu makan tengahari berlauk rendang ayam Kelantan..ayam kampung peliharaan sendiri. Kami pulang ke homestay dengan bekalan siya yang lengkap juadah makan tengahari itu..Emmm...memang yummy. Sebelah petangnya kami mengambil kesempatan jaan-jalan di pekan Pasir Putih dan ke Pantai Bisikan Bayu........Ombak laut di sini cukup kuat menghempas pantai. Deruan ombaknya sangat mendamaikan...
....Hempasan ombak di Pantai Bisikan Bayu...
...Kami kebali ke Seri Kembangan Selangor pada Isnin 20 Februari...Ain dan mak hanya sempat berehat sehari sahaja di rumah kerana tengahari Rabu 22 Februari Ain perlu masuk daftar diri di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan untuk kejohanan Boccia Sirkit 1 - 2017.