10 Mac, 2017

Lawatan siswa siswi dari Uni.Jepun & Indonesia

Khamis 9 Mac 2017...kami RDA Polo Club Ampang dikunjungi pelawat siswa siswi jurusan terapi carakerja (OT) dari Universiti Jepun dan Indonesia......sebelum demo terapi berkuda dijalankan sesi taklimat diberi kepada para pelawat dan diikuti sesi bergambar......Untuk sesi demo terapi berkuda rider yang terlibat Nur Ain, Janna, Arif, Amzar dan beberapa murid khas dari NGO. Kuda yang ditunggang,..Dart, Pamkin dan Reamy. SEbagaimana riders, kesemua kuda memberi kerjasama yang baik sehingga demo selesai dengan jayanya.......Usai demo, beberapa siswa dan siswi diberi kesempatan menunggang kuda sambil membuat beberapa pergerakan terapi berkuda sebagaimana Ain dan kawan-kawannya buat......Terima kasih kami ucapkan kepada para pelawat dan kesemua yang terlibat menjayakan 'Demo Terapi Berkuda' ini.